Perghdotcom Battle Showcase

Siapa kata Malaysia tak ada talent? Blog ini mempamerkan hasil seni artis-artis komik Malaysia yang terbit dari pertandingan merekabentuk semula watak-watak yang dianjurkan oleh Pergh!, komuniti online artis-artis komik Malaysia.

034: Link (Legend of Zelda)

August 8th, 2008

034-original

Dulu-dulu sebelum meluasnya game PC dan generasi konsol 3D, Nintendo mengungguli dunia gaming kategori konsol dengan watak-watak yang ikonik seperti Mario dan Donkey Kong. Dari siri Legend of Zelda, satu lagi watak muncul dari kumpulan minda kreatif Nintendo - Link, si elf yang berjiwa besi tetapi rendah diri, bertarung menegakkan kebenaran dengan teman sejatinya Master Sword. Sayembara kali ini membawa para pejuang menceburi kembali memori waktu muda dan merekabentuk semula salah satu watak yang begitu popular satu ketika dahulu.

Sayembara ini telah berlangsung dari 29 Mac hingga 5 April 2008.

Pemenang Utama: zeldadin maidin oleh hamzi

034-hamzi

Sekali lagi hamzi mengungguli pertandingan ini! Persembahannya yang realistik dikembarkan dengan teknik catan dan warna yang terkawal dan kemas benar-benar meletakkannya jauh di hadapan dari yang lain. Rekabentuk kostum dan kelengkapan Zeldadin juga dihuraikan dengan baik membuatkannya sesuatu yang mungkin boleh wujud di dunia sebenar. Tetapi yang paling menonjol di dalam karya ini adalah gaya dan pose yang diberikan - satu teknik persembahan yang semakin menjadi identiti mudah bagi hamzi.

Pilihan Editor: bLink Bling Bling oleh bohrtaag

034-bohrtaag

‘Sup dude? Kali ini bohrtaag mengadaptasi watak Link ke dalam dunia hip-hop barat. Watak rekaannya lengkap dengan topi besbol senget, bling-bling yang sarat menghiasi tubuhnya, tatu-tatu yang megah dan seluar londeh yang gelebeh. Teknik persembahannya kemas dan teliti serta mudah dibaca tanpa perlu hiasan-hiasan yang eksesif membolehkan audiens mengecapi rekabentuk watak bLink ini dengan lebih baik.

Pilihan Editor: Link Oni Version oleh Lobak dan Stella5

034-stella lobak

Aksi menarik yang dihasilkan oleh Lobak dan Stella5 ini begitu menyerlah. Pose yang digunakan begitu dinamik dengan fore-shortening yang baik membuatkan pedang yang dihunus bagaikan menjangkau keluar dari lukisan ini. Kombinasi dua warna utama biru dan merah yang bertarung antara satu sama lain bagaikan mengandaikan pertarungan antara dunia nyata dengan dunia spirit (oni). Satu kombinasi yang baik dari kombinasi dua artis yang dinamik!

Pilihan Editor: Shadow Link oleh Stella5 dan little z3dD

034-stella little z3dd

Satu lagi karya Stella5 menjadi pilihan editor! Watak rekaannya kali ini lebih mirip kepada rekawatak asal, tetapi ditokok-tambah dengan elemen-elemen alternatif. Shadow Link ini nampak lebih muda dengan kostum yang lebih kontemporari yang condong diminati oleh audiens muda. Ini dikuatkan lagi dengan gaya manga serta kombinasi warna latar yang cerah tetapi dikontraskan dengan warna subjek yang menyerlah.

Pilihan Editor: EMELDA oleh TakoyakiChan

034-takoyakichan

Mengimaginasikan Link menjadi watak perempuan bukanlah susah, tetapi TakoyakiChan berjaya menjadikannya satu watak yang seksi dan menggoda, satu aspek pada Link yang tidak pernah digambarkan. Lihat saja pada rambut merah menyala dengan tatu yang terhurai dengan cermat. Akhir sekali, penggunaan cahaya suam-suam yang dikontraskan dengan bayang-bayang yang jatuh di kulit Emelda meningkatkan impak keseluruhannya.

21 penyertaan keseluruhan: bohrtaag, hamzi, rabun, kimBall, TakoyakiChan, raz7, jack oreo (2), shiori_LA, supernothing, narami_san, kerandutdalamalmari, crayon, stella5 (2), little z3dD, Lobak, Bajak (2), ICeSoul dan mantoto.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 034

Sharing Is Caring: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Slashdot
  • Smarking
  • Taggly
  • Fark
  • Netscape
  • Spurl

033: King Arthur

August 7th, 2008

033-original

King Arthur, pemerintah lagenda di England, merupakan satu ikon pra-medival yang menjadi kebanggaan bangsa Inggeris sehingga kini. Kisah-kisah keperwiraannya bersama-sama kesatria-kesatria Meja Bulat berjuang menumpaskan kekejaman, makhluk-makhluk mitos sehinggalah ahli sihir mistikal begitu meluas dari cerita kanak-kanak sehinggalah kepada filem epik berskala besar. Pelbagai rendisi telah digambarkan di dalam pelbagai media sejak zaman berzaman. Kali ini peluang kesatria-kesatria perghdotcom untuk menghasilkan gambaran mereka pula.

Sayembara ini telah berlangsung dari 22 Mac hingga 29 Mac 2008.

Pemenang Utama: musuh jangan dicari, kalau tersua jangan dielakkan oleh hamzi

033-winner-hamzi

Sekali lagi hamzi mengungguli pertarungan antara artis-artis perghdotcom ini. Memang tidak dinafikan, kombinasi pose heroik ini begitu menjiwai semangat King Arthur yang tampak masih gagah sungguhpun sudah berumur. Rekaannya keluar dari kongkongan rekabentuk baju zirah konvensional yang sinonim pada zaman pra-medival. Kita dapat amati unsur-unsur fantasi jepun diadun bersama kompleksiti rekaan barat dengan halus. Syabas sekali lagi kepada hamzi!

Pilihan Editor: Nick Carthur oleh mantoto

033-mantoto

Rendisi monokrom mantoto ini disaduri dengan pengaruh komik-komik pendekar Hong Kong. Sekali imbas ia mengingatkan kita kepada Penjejak Badai. Pose yang digunakan juga amat popular dalam menggambarkan lagak hero tersebut. Tetapi mantoto tidak menceduk teknik-teknik tersebut semata-mata, kerana dia garapan monokromnya serta penggunaan latar belakang kosong yang memberi kontras yang baik, sesuatu yang amat jarang digunakan di dalam komik-komik Hong Kong.

Pilihan Editor: Arthur: The Return oleh Stella5

033-stella5

Stella5 membiarkan pengaruh elemen-elemen rekabentuk Jepun menguasai persembahannya. Ini membolehkan kita melihat penerapan yang berbeza. Kesan suram dan samar-samar membolehkan audiens memfokus kepada watak utama ini, namun posisi dan aksinya bagaikan mengajak audiens untuk meneroka cerita yang cuba disampaikan. Ia bagaikan panel pertengahan sebelum sampai ke klimaks cerita. Mungkin ia disengajakan oleh Stella5 agar kita ternanti-nanti akan kesudahannya?

Pilihan Editor - King Arthur vs Capcom oleh Bajak

033-bajak

Ayuh sahut cabaran Excalibur! Tampak ketara jaguh-jaguh Street Fighter tidak mampu mencabut Excalibur keluar dari perangkap batu, dan King Arthur hanya mentertawakan gelagat mereka. Satu perkara yang patut disentuh di sini ialah penggunaan tetingkap yang membingkaikan latar belakang membayangkan ia sebahagian dari panel komik, tetapi Bajak tidak mahu terkongkong dalam penceritaannya, lalu membiarkan watak-wataknya melimpah keluar, membuatkan persembahannya lebih dinamik!

Pilihan Editor: The Omega King Arthur oleh silentgecko dan Prem_Chopra

033-silentgecko premchopra

Rekabentuk semula ini King Arthur ini agak signifikan kerana berbeza dari yang lain. Dia tidak segagah dan agam seperti yang lain-lain. Dia jugak tidak menggunakan pedang, tetapi sebaliknya menggunakan ekor pari bagaikan Omega Red. Bagi menguatkan lagi impak asimilasi Omega Red dengan King Arthur ini, silentgecko dan Prem_Chopra menghasilkan satu paparan yang agak suram tetapi pada masa yang sama keras membara. Ia benar-benar mengecapi jiwa kedua-dua watak tersebut.

29 penyertaan keseluruhan: crayon (3), Sayahan, kimBall, hamzi, Bajak, irkusydamha, narami_san, TakoyakiChan, ajinda, Invictus, Stella5, silentgecko, Prem_Chopra (3),  lepazo, mantoto, WAVE RIDER, stingray_flyz, hami_drfrix, orangdiam2, c u r d, Billy_Zee, azharmaa, jack oreo, tarakucha dan rabun.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 033 Kumpulan 1, Topik Undian 033 Kumpulan 2.

Sharing Is Caring: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Slashdot
  • Smarking
  • Taggly
  • Fark
  • Netscape
  • Spurl

032: Sailor Moon

July 26th, 2008

032-original

Sailor Moon mungkin adalah salah satu pelopor kekuasaan budak-budak perempuan Jepun dalam budaya popular masa kini. Uniform Sera Fuku yang sangat popular ini berjaya menjual budaya Jepun ke seluruh dunia, baik dalam bentuk kartun, cosplay hinggalah ke hentai dewasa. Pergh CRB kali ini membuka peluang kepada artis-artis tanahair untuk mereka semula watak ikonik dari Jepun ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 15 Mac hingga 22 Mac 2008.

Pemenang Utama: Teknologi Bulan oleh silentgecko

032-winner-silentgecko

Semua elemen-elemen rekabentuk Sailor Moon asal “dibesikan” tanpa teragak-agak oleh silentgecko, dari rambut, skirt sampailah ke riben belakang. Olahan ini dikuatkan lagi dengan palet yang kontras tetapi dibekukan dengan permainan cahaya suram. Sumber cahaya dari belakang biasanya kurang menarik dalam pos-pos heroik, tetapi dalam kes ini, silentgecko berjaya menampilkan cool factor yang baik dengan mengharmonikan pencahayaan tersebut dengan teknik dakwat berat. Tanpa ragu-ragu lagi ia menjadi karya yang paling menarik dalam CRB kali ini.

Pilihan Editor: Untitled oleh sureya dan VirusAC-74

032-sureya virusac

Mengasyikkan! Itu saja yang terpacul difikiran apabila mengamati karya tidak bertajuk nukilan sureya dan VirusAC-74 ini. Setiap inci karya ini menjiwai semangat Sailor Moon hingga mampu membuat audiens percaya bahawa karya ini memang sebenarnya sebahagian dari alam Salor Moon yang sebenar. Mereka berdua telah memberikan tahap ketelitian yang tinggi - lihat saja pada riben merah yang translusen, bayang-bayang rambut yang jatuh sehelai demi sehelai, hinggalah kepada pantulan dan sinar cahaya yang begitu memukau! Semestinya antara karya terbaik di Pergh CRB!

Pilihan Editor: Kuasa Bulan… oleh riznam

032-riznam

Karya riznam ini terpilih kerana elemen politikal yang cuba diketengahkannya. Mungkin ada yang berpendapat politik dan seni tidak patut dicampur-aduk. Tetapi permainan isu “bulan” dengan Sailor Moon adalah satu simbolisme yang kreatif dan perlu dikongsi ramai. Cuma riznam mungkin patut beri lebih perhatian kepada garisan-garisan yang kelihatan kasar akibat anti-aliasing yang kurang baik.

Pilihan Editor: I’m Popeye the Sailormoon! oleh bohrtaag

032-bohrtaag

Lepas berseronok-seronok dengan isu bulan yang politikal, Bohrtaag pula menjemput kita bercanda dengan komedi pula. Ramai yang pasti muntah darah (bukan berdarah hidung!) melihat karyanya ini. Fesyen yang dikenakan oleh Popeye ini bakal menggoda para pedofil agar menonjolkan diri. Cuma kita musykil kat mana dia nak simpan tin spinachnya…

Pilihan Editor: Sailormoony oleh bickbong

032-bickbong

Simple, harmoni dan menggiurkan. Karya bickbong ini tidak menampilkan kulit yang banyak, tetapi keseksian Sailor Moon tetap terserlah. Wajah Sailor Moon digarap lembut, sangat harmoni dengan pose yang bersahaja dan tenang. Palet warna yang digunakan juga dikawal dengan sekata. Mungkin satu komen yang dapat diketengahkan ialah kewujudan bintang di depan bulan pada latar belakangnya. Macam mana tu, bang?

Pilihan Editor: Memoirs of GeishaMoon oleh TakoyakiChan

032-takoyakichan

TakoyakiChan mencuba pendekatan yang berbeza dengan persembahan monokromatik. Sailor Moon pula berhias dalam evening gown yang kelihatan klasik dan lustrous. Tambahan pula dengan pose yang malu-malu menggoda, jelingan manja dan dipasangkan dengan senyuman halus yang manis, TakoyakiChan telah berjaya mengajak audiens berimaginasi dengan kemungkinan yang lebih jauh.

Pilihan Editor: Moon Warfare oleh Stella5 dan Bajak

032-stella bajak

Karya Stella5 dan Bajak ini membayangkan Sailor Moon dalam peperangan kontemporari. Elemen-elemen magik yang sinonim dengan Sailor Moon digantikan dengan mesingan, boot kombat, kamoflaj dan kelengkapan perang yang lain. Namun mereka tidak cuba membuatkannya terlalu serius apabila mengekalkan elemen-elemen kawaii dalam reka rupa dan hasil akhirnya.

41 penyertaan keseluruhan: riznam (2), crayon (3), mantoto, WAVERIDER (2), narami_san, oddy (2), raz7, orangdiam2 (2), Stella5, TakoyakiChan (2), Bajak, c u r d, katon_aqhari (2), silentgecko, bohrtaag, qaiser13, hamzi, Skynet, bickbong, shiori_LA, sureya, VirusAC-74, Invictus (2), Xilence Swordswind (2), stingray_flyz, pijun, devil_mumu (2), rabun, riezal83 dan jack oreo.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 032 Kumpulan 1, Topik Undian 032 Kumpulan 2, Topik Undian 032 Kumpulan 3.

Sharing Is Caring: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Slashdot
  • Smarking
  • Taggly
  • Fark
  • Netscape
  • Spurl