032: Sailor Moon

July 26th, 2008

032-original

Sailor Moon mungkin adalah salah satu pelopor kekuasaan budak-budak perempuan Jepun dalam budaya popular masa kini. Uniform Sera Fuku yang sangat popular ini berjaya menjual budaya Jepun ke seluruh dunia, baik dalam bentuk kartun, cosplay hinggalah ke hentai dewasa. Pergh CRB kali ini membuka peluang kepada artis-artis tanahair untuk mereka semula watak ikonik dari Jepun ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 15 Mac hingga 22 Mac 2008.

Pemenang Utama: Teknologi Bulan oleh silentgecko

032-winner-silentgecko

Semua elemen-elemen rekabentuk Sailor Moon asal “dibesikan” tanpa teragak-agak oleh silentgecko, dari rambut, skirt sampailah ke riben belakang. Olahan ini dikuatkan lagi dengan palet yang kontras tetapi dibekukan dengan permainan cahaya suram. Sumber cahaya dari belakang biasanya kurang menarik dalam pos-pos heroik, tetapi dalam kes ini, silentgecko berjaya menampilkan cool factor yang baik dengan mengharmonikan pencahayaan tersebut dengan teknik dakwat berat. Tanpa ragu-ragu lagi ia menjadi karya yang paling menarik dalam CRB kali ini.

Pilihan Editor: Untitled oleh sureya dan VirusAC-74

032-sureya virusac

Mengasyikkan! Itu saja yang terpacul difikiran apabila mengamati karya tidak bertajuk nukilan sureya dan VirusAC-74 ini. Setiap inci karya ini menjiwai semangat Sailor Moon hingga mampu membuat audiens percaya bahawa karya ini memang sebenarnya sebahagian dari alam Salor Moon yang sebenar. Mereka berdua telah memberikan tahap ketelitian yang tinggi - lihat saja pada riben merah yang translusen, bayang-bayang rambut yang jatuh sehelai demi sehelai, hinggalah kepada pantulan dan sinar cahaya yang begitu memukau! Semestinya antara karya terbaik di Pergh CRB!

Pilihan Editor: Kuasa Bulan… oleh riznam

032-riznam

Karya riznam ini terpilih kerana elemen politikal yang cuba diketengahkannya. Mungkin ada yang berpendapat politik dan seni tidak patut dicampur-aduk. Tetapi permainan isu “bulan” dengan Sailor Moon adalah satu simbolisme yang kreatif dan perlu dikongsi ramai. Cuma riznam mungkin patut beri lebih perhatian kepada garisan-garisan yang kelihatan kasar akibat anti-aliasing yang kurang baik.

Pilihan Editor: I’m Popeye the Sailormoon! oleh bohrtaag

032-bohrtaag

Lepas berseronok-seronok dengan isu bulan yang politikal, Bohrtaag pula menjemput kita bercanda dengan komedi pula. Ramai yang pasti muntah darah (bukan berdarah hidung!) melihat karyanya ini. Fesyen yang dikenakan oleh Popeye ini bakal menggoda para pedofil agar menonjolkan diri. Cuma kita musykil kat mana dia nak simpan tin spinachnya…

Pilihan Editor: Sailormoony oleh bickbong

032-bickbong

Simple, harmoni dan menggiurkan. Karya bickbong ini tidak menampilkan kulit yang banyak, tetapi keseksian Sailor Moon tetap terserlah. Wajah Sailor Moon digarap lembut, sangat harmoni dengan pose yang bersahaja dan tenang. Palet warna yang digunakan juga dikawal dengan sekata. Mungkin satu komen yang dapat diketengahkan ialah kewujudan bintang di depan bulan pada latar belakangnya. Macam mana tu, bang?

Pilihan Editor: Memoirs of GeishaMoon oleh TakoyakiChan

032-takoyakichan

TakoyakiChan mencuba pendekatan yang berbeza dengan persembahan monokromatik. Sailor Moon pula berhias dalam evening gown yang kelihatan klasik dan lustrous. Tambahan pula dengan pose yang malu-malu menggoda, jelingan manja dan dipasangkan dengan senyuman halus yang manis, TakoyakiChan telah berjaya mengajak audiens berimaginasi dengan kemungkinan yang lebih jauh.

Pilihan Editor: Moon Warfare oleh Stella5 dan Bajak

032-stella bajak

Karya Stella5 dan Bajak ini membayangkan Sailor Moon dalam peperangan kontemporari. Elemen-elemen magik yang sinonim dengan Sailor Moon digantikan dengan mesingan, boot kombat, kamoflaj dan kelengkapan perang yang lain. Namun mereka tidak cuba membuatkannya terlalu serius apabila mengekalkan elemen-elemen kawaii dalam reka rupa dan hasil akhirnya.

41 penyertaan keseluruhan: riznam (2), crayon (3), mantoto, WAVERIDER (2), narami_san, oddy (2), raz7, orangdiam2 (2), Stella5, TakoyakiChan (2), Bajak, c u r d, katon_aqhari (2), silentgecko, bohrtaag, qaiser13, hamzi, Skynet, bickbong, shiori_LA, sureya, VirusAC-74, Invictus (2), Xilence Swordswind (2), stingray_flyz, pijun, devil_mumu (2), rabun, riezal83 dan jack oreo.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 032 Kumpulan 1, Topik Undian 032 Kumpulan 2, Topik Undian 032 Kumpulan 3.

Sharing Is Caring:
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Slashdot
  • Smarking
  • Taggly
  • Fark
  • Netscape
  • Spurl

031: Optimus Prime

July 23rd, 2008

031-original

Nah, siapa tak kenal Optimus Prime? Ketua Autobot dari siri animasi, komik dan filem Transformers ini merupakan idola pujaan kanak-kanak sekitar 80an sehingga kini. Terdapat pelbagai versi Optimus Prime digarap dalam pelbagai siri alternatif atau spin-off, dan kini Pergh CRB memberi peluang untuk ahli perghdotcom untuk mencelup berus ke dalam mangkuk idea masing-masing dan berikan yang terbaik!

Sayembara ini telah berlangsung dari 8 Mac hingga 15 Mac 2008.

Pemenang Bersama: Optimaxx Z! oleh little z3dD

031-winner-z3dD

Walaupun tidak menampilkan keseluruhan rekabentuk semula watak ini, ia tidak menghalang dari audiens mengimaginasi sendiri keseluruhan rekaannya sehingga menonjolkan little z3dD sebagai pemenang! Suasana suram diterangi cahaya lampu limpah menjadi ambiens yang menampilkan Prime di dalam konteks yang futuristik. Kita juga dihadiahkan dengan elemen-elemen dari pelbagai versi Prime yang terdahulu, digarap halus menjadi sebahagian dari cerita yang disampaikan. Ini menjadikan karya ini bukan hanya satu hasil visual, tetapi mempunyai pelbagai lapisan cerita tersirat disebaliknya!

Pemenang Bersama: kemuncak optimum klimax oleh hamzi

031-winner-hamzi

Bak pulang ke asal, hamzi merekabentuk semula Prime dengan menyadurkan elemen-elemen samurai Jepun. Dari pedang, perisai hinggalah kepada keperincian di segenap jasad besi Prime, hamzi cuba menerapkan bukan setakat rupa, tetapi juga gaya samurai mengorak tari pertarungan. Tetapi dia tidak berhenti di situ. Efek sambaran elektrik yang digunakan bersama-sama teknik pencahayaan yang baik menambahkan lagi impak pose yang digunakan.

Pilihan Editor: Optimus Prime 2099 oleh azarimy

031-azarimy

azarimy cuba lari dari warna-warni Prime yang dominan dengan persembahannya yang monokromatik. Tidak terhad di situ, Prime rekaannya juga tidak berdasarkan kenderaan darat, tetapi sebuah pesawat udara. Ini dapat dilihat dari elemen-elemen sayap, jet enjin dan sebagainya yang memberi bayangan pesawat asalnya.

Pilihan Editor: F22 Decepticon oleh Invictus

031-invictus

Beralih dari rekabentuk humanoid, Invictus mencabar minda dengan rekabentuk Prime yang telah jatuh ke dalam idealogi Decepticon. Rekabentuk Prime ini selari dengan rekabentuk robot-robot Decepticon di dalam filem Transformers baru-baru ini,  mungkin Invictus patut cuba membuat eksplorasi yang menjurus ke situ. Mana tahu, mungkin boleh mintak kerja di situ ;).

Pilihan Editor: Prime of Zenth oleh Hariszzz

031-hariszzz

Sekali imbas kita dapat lihat betapa uniknya rekabentuk Prime karya Hariszzz ini. Permainan tekstur permukaan yang diliputi ukiran-ukiran halus dengan bentuk-bentuk organik di seluruh jasadnya memberikan tafsiran berbeza kepada watak ini. Ini membuatkan kita cuba berfikir - apakah objek yang terbentuk apabila Prime ini berubah? Musykil, musykil.

17 penyertaan keseluruhan: lepazo (2), azarimy (2),  stingray_flyz, DinJerr, riznam, irkusydamha, hamzi, mantoto, Xilence Swordswind, little z3dD, jack oreo, babat:ism, hami_drfrix, Hariszzz dan Invictus.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 031.

Sharing Is Caring:
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Slashdot
  • Smarking
  • Taggly
  • Fark
  • Netscape
  • Spurl

030: Han Solo & Chewbacca

July 23rd, 2008

030-original

Kali ini kita bermain dengan dua ikon yang tidak asing lagi - Han Solo dan Chewbacca! Hubungan “hutang nyawa” antara Chewbacca dengan Han Solo merupakan antara contoh chemistry layar perak yang terbaik, sungguhpun tak ada siapa pun yang faham apa yang dituturkan oleh Chewie. Chemistry inilah yang cuba diketengahkan dalam sayembara kali ini. Marilah kita lihat bagaimana para baladewa dan perajurit semua menafsirkan chemistry ini.

Sayembara ini telah berlangsung dari 1 Mac hingga 8 Mac 2008.

Pemenang Utama: Tengen Toppa Solo Briged! oleh little z3dD dan Bajak

030-winner-z3dd bajak

Misi pandang ke timur little z3dD dan Bajak berjaya menggondol gelaran pemenang utama dalam sayembara kali ini. Kekuatan karya ini terletak pada penafsiran semula setiap watak utama di dalam Star Wars (tidak terkongkong kepada Hans Solo dan Chewbacca sahaja), dan dijukstaposisikan dengan dunia Tengen Toppa Gurren Lagann. Gaya yang digunakan juga mengamati persembahan siri anime tersebut. Peminat-peminat kedua-dua filem dan animasi ini pasti teruja!

Pilihan Editor: Undi Wars: Episode XII Revenge of the Sris oleh silentgecko dan ZoOL!

030-silentgecko zool

Karya hasil usahasama dua pendekar terbilang ini mengekalkan ciri-ciri poster Star Wars yang unik, dengan reintepretasi dua watak tersebut yang menarik. Permainan efek cahaya pada senjata masing-masing menjadi tumpuan utama, lebih-lebih lagi apabila diapit dengan warna hitam di sekelilingnya. Amati juga rekaan semula Han Solo dengan tangan sibernetiknya, dan Chewbacca dengan kapak/tukul yang futuristik.

Pilihan Editor: Sayahan Solo and Chewbazooka on Myvi Falcon oleh kimBall

030-kimball

Adaptasi mitologi Star Wars ke dalam dunia Lego mungkin bukan sesuatu yang baru, tetapi kimBall mengolahnya dengan lebih mendalam lagi. Penggunaan warna yang cerah ditambah dengan lorekan tekstur memberi karakter kepada karya ini,  begitu juga dengan cerita yang disampaikan dengan jelas dapat dilihat dari ekspresi wajah watak Solo dan Chewie yang sedang kalut diserang oleh Empire. Mungkin lebih hebat lagi sekiranya kimBall dapat mempersembahkan karya ini dalam bentuk jalur komik siap dengan dialog sekali :D.

Pilihan Editor: Hans Takut Lipas! oleh LobakOren dan Stella5

030-lobakoren stella5

Berani lawan Empire, tapi Han Solo takut lipas? Mungkin itu yang tertera di minda Chewbacca! LobakOren dan Stella5 menggambarkan hubungan domestik (?) antara Hans dan Chewie, tapi jangan pandai-pandai nak memesongkan maksud di sini ya! Persahabatan ini digambarkan dengan teknik ala manga yang kemas, bersahaja dan comel, menggunakan ekspresi wajah dan tubuh badan sebagai kekuatan karya ini.

Pilihan Editor: Sandarkan pada kenangan oleh hamzi

030-hamzi

Seperti biasa hamzi tidak mengecewakan dalam setiap pertandingan yang disertainya. Kita dapat lihat elemen-elemen komik barat dan timur bergabung di bawah berus hamzi. Ekspresi setiap watak di sini dipersembahkan dengan rapi dan teliti, yang mana persahabatan mereka dapat digambarkan dari pos back-to-back, siap sedia untuk menghadapi lawan dari bertentangan arah. Mungkin sedikit perhatian perlu diberikan pada bayang-bayang mereka yang agak terlalu bersahaja.

Pilihan Editor: armyOFtwo oleh ajinda dan kromosom

030-ajinda-kromosom

Penyertaan bersama ajinda dan kromosom ini memperlihatkan eksplorasi tekstur dan rupa yang eksesif yang dapat dilihat pada rekabentuk semula watak Chewbacca. Kehalusan teknik catan dan rendering yang digunakan berjaya memperkaya hasil akhir. Lihat sahaja keperincian pada seluar dan baju Hans Solo, serta wajah siborg Chewbacca yang menggerunkan. Ini adalah antara hasil karya yang tak perlu ditokok tambah dengan latar belakang yang mengada-ngada.

33 penyertaan keseluruhan: azharmaa, adijin, irkusydamha, mantoto (3), lepazo (2), katon_aqhari (2), oddy (3), rabun (2), riznam (2), little z3dD, Bajak, silentgecko, ZoOL!, hamzi (2), LobakOren, Stella5, tarakucha, kimBall, c u r d, ajinda, kromosom, odows, Skynet dan Prem_Chopra.

Untuk melihat semua penyertaan:  Topik Undian 030 Group 1, Topik Undian 030 Group 2.

Sharing Is Caring:
  • Digg
  • Technorati
  • del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Slashdot
  • Smarking
  • Taggly
  • Fark
  • Netscape
  • Spurl