Archive for the ‘Kartun’ Category

002: Green Lantern

Monday, December 10th, 2007

02-original

Green Lantern ™ dan (c) DC Comics

Green Lantern pulak dah…

Sesiapa yang biasa dengan komik-komik terbitan DC Comics serta siri kartun TV Justie League pasti sudah biasa dengan Green Lantern. Green Lantern adalah super hero yang memperoleh kuasanya dari cincin kuasa anugerah dari Guardians of the Universe. Oleh kerana ianya dianugerahkan kepada mereka yang berhak, maka Green Lantern dari pelbagai bangsa dan makhluk membentuk The Green Lantern Corps. Ini memberi peluang baik untuk para artis merekabentuk Green Lantern mereka sendiri di dalam pertandingan ini.

Pertandingan kali kedua ini lebih meriah apabila ramai peserta menghasilkan lebih dari satu penyertaan!

Sayembara ini telah berlangsung dari 3 Ogos hingga 10 Ogos 2007

Pemenang Utama: Tidak bertajuk oleh Little Z3dD

02-winner-little z3dd

Little Z3dD dengan begitu mudah sekali menaikkan taraf penyertaan dengan lukisannya yang begitu enigmatik! Larikan berus catannya yang halus dan kemas cukup untuk menarik perhatian pengundi untuk memilihnya sebagai pemenang.

Pilihan Editor: Lantern Alive! oleh Bohrtaag

02-bohrtaag

Idea ini terhasil dari penelitian kembali kepada asal usul Green Lantern. Bohrtaag mengimaginasikan semula cincin kuasa Green Lantern dan bukan pemiliknya. Sebaliknya, Bohrtaag memberikan cincin tersebut jasad dan fikiran di dalam bentuk humanoid! Ianya adalah satu imaginasi yang jauh, tetapi hasilnya ala watak Tron amat mengagumkan!

Pilihan Editor: Mr. Green Lantern Saga IV oleh Kimball

02-kimball

Dengan diinspirasikan tanglung hijau dari beberapa entri sebelumnya, Kimball telah menonjolkan elemen oriental dengan menghasilkan Green Lantern ala hantu cina. Tak perlulah di ulas jenaka di sebaliknya, kerana tidak ada kata-kata yang setanding dengan cuitan rekaannya ini!

25 Penyertaan Keseluruhan: kromosom, Tarakucha, Tangh, Adijin, Bohrtaag (2), azarimy, Alyridura, Kimball (2), Xilence Swordswind, MohdHairy (2), Little Z3dD, ZoOL!, Orangdiam2 (2), Irkusydamha, Kiddiegrinder, Mat_spawn, popiaman, Terrible Shogun, IceSoul dan Invictus.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 002

001: Skeletor (He-Man and the Masters of the Universe)

Monday, December 10th, 2007

01-original
Skeletor ™ and (c) Mattel

Skeletor? Siapa Skeletor?

Skeletor adalah musuh ketat He-Man di dalam francais Masters of the Universe yang agak popular di TV dalam tahun 80an. Sungguhpun He-Man mungkin adalah sebuah karakter yang lebih ikonik, Skeletor dipilih kerana ia mampu menjana imaginasi lebih meluas terutamanya sebagai watak pertama yang akan direkabentuk.

Sayembara ini telah berlangsung dari 26 Julai hingga 3 Ogos 2007.

Pemenang Utama: Versi Aku oleh popiaman

01-winner-popiaman

Skeletor versi popiaman berjaya mencuri tumpuan di sebalik catan pantas dan berani, mempamerkan semangat jahat yang sememangnya semulajadi dengan Skeletor. Rekabentuknya juga menampilkan ciri-ciri lincah dan teknik catan yang digunakan mengetengahkan lagi ciri-ciri tersebut.

Pilihan Editor: Skeletorahardjo dari Herman serta Jagoan Jagat Raya oleh Bohrtaag

01-bohrtaag

Rekaan Bohrtaag menampilkan ciri-ciri nusantara apabila mengetengahkan elemen-elemen budaya Jawa. Hasilnya adalah satu karakter yang unik, namun berjaya mengekalkan intipati Skeletor sebagai seorang villain.

Pilihan Editor: Tanpa tajuk oleh Invictus

01-Invictus

Invictus pula mempersembahkan rekabentuk Skeletor yang gagah dan agam, lengkap dengan armor sisik yang terperinci. Ia ditonjolkan dengan lorekan pensel yang kemas dan terperinci, menambahkan lagi impak keseluruhannya.

15 Penyertaan Keseluruhan: Adzakael, kromosom, Terrible Shogun, Sapot_Poleng, Seediq_Sigaraga, Irkusydamha, IceSoul, popiaman, Feralfovea, Tarakucha, Tangh, Xilence Swordswind, Bohrtaag, Invictus and Alyridura.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 001