Selamat Datang ke Pergh Battle Showcase!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian.
Latar belakang projek ini:
Secara umumnya ramai pembaca di Malaysia ini pandai atau tahu melukis (dan/atau design). Cuma selalunya tak ada idea nak lukis apa, mungkin kerana kurang dorongan atau tiada output yang sesuai. Maka itulah perlunya ada kawan2 yang boleh membantu mencadangkan apa yang nak dilukis. Lebih baik lagi kalau wujudnya persaingan, saling mencabar secara sihat, bertarung melukis dan mereka bentuk benda yg sama di dalam satu pertandingan.
Maka di bawah naungan komuniti Pergh.com, satu pertandingan merekabentuk watak/karakter yang diberi nama “Pergh Redesign Battle” telah diwujudkan.
Tiap2 minggu satu karakter akan dipilih dan para peserta perlu merekabentuk semula serta melukis versi tersendiri dalam minggu itu juga. Karakter akan diumumkan pada hari Jumaat dan boleh penyertaan boleh dihantar sepanjang minggu sehingga Jumaat berikutnya.
Idea ini sama dengan di Project Rooftop. Kunci utama di sini adalah merekabentuk watak/karakter, jadi lakaran kasar pun boleh diterima. Tempoh masa seminggu tu adalah untuk menggiatkan lagi enjin2 idea sambil memberi cukup masa untuk para artis menghasilkan produk yang terbaik tanpa terlalu berlengah.
Sebagai contoh, penganjur memulakan pertandingan dengan mengumumkan karakter “Iron Man” (c) Marvel Comics disertakan dengan imej asalnya.

Kemudian peserta bolehlah mula memerah idea merekabentuk semula Ironman mengikut citarasa masing2. Contoh yang dikemukan oleh tiga sukarelawan pergh:
The cube + Steam iron = Steam Iron Man MK-II oleh IceSoul
Iron Bender oleh PhoenixByte

Tidak bertajuk oleh MF Ajif (Alyridura)
Fungsi Blog Ini:
Blog ini bertujuan untuk mempamerkan hasil terbaik yang telah diundi oleh warga pergh.com, serta beberapa hasil terpilih berdasarkan budi bicara editor. Ia juga mengandungi reviu yang tidak terdapat di dalam diskusi forum pergh.com. Blog ini akan dikemaskini setiap minggu selepas pemenang untuk sebuah Battle diumumkan.

