Perghdotcom Battle Showcase

Siapa kata Malaysia tak ada talent? Blog ini mempamerkan hasil seni artis-artis komik Malaysia yang terbit dari pertandingan merekabentuk semula watak-watak yang dianjurkan oleh Pergh!, komuniti online artis-artis komik Malaysia.

Posts Tagged ‘cartoon’

014: The Little Mermaid

Tuesday, January 1st, 2008

014-original

The Little Mermaid ™ dan (c) Disney Pictures

Pada tahun 1989, Walt Disney Feature Animation telah menerbitkan sebuah filem animasi berdasarkan karya penulisan Hans Christian Andersen berjudul “The Little Mermaid”. Watak Ariel ditemani oleh rakan karibnya Flounder dan pengapitnya Sebastian jatuh cinta dengan Putera Eric dari alam atas air, maka bermulalah adventur merentasi dua dunia. Pastinya ramai yang pernah jatuh cinta dengan Ariel, maka pertandingan kali ini membuka kembali pintu hati masing-masing dalam mereka semula watak Ariel.

Sayembara ini telah berlangsung dari 9 November hingga 17 November 2007

Pemenang Utama: When Ariel goes to college oleh Tarakucha

014-winner-tarakucha

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apa yang hebat sangat karya Tarakucha kali ini sehingga memenangi sayembara kali ini? Pada zahirnya, Tarakucha mengupas isu yang sedang hangat dibincangkan pada ketika itu: “Apa spesis Sebastian?”. Namun jika dikupas, di sebalik perbincangan itu, Tarakucha menonjolkan semua “aset-aset” Ariel untuk dinikmati semua :D.

Pilihan Editor: Little Mumurmaid oleh Devil Mumu

014-devil mumu

Ouch! Kenapalah si Mumurmaid ni tak nak jaga badan? Bukanke semua perenang patutnya kurus dan streamline? Apa-apa pun, Devil Mumu berjaya mengejutkan ramai pembaca dengan hasil imaginasinya ini. Warna-warna pseudo-psikadelik menambahkan lagi “godaan” watak rekaannya.

Pilihan Editor: Ariel sudah dewasa, Bang! oleh leydi

014-leydi

Awww, dah tak cukup saiz ya Ariel? Kejam betul leydi membayangkan masa depan Ariel. Tapi sekurang-kurangnya watak Ariel karya leydi ini dianugerahkan dengan saiz 36D! Tak apa, tempurung kelapa pun bolehlah asalkan berbaloi.

Pilihan Editor: Little Bimbo Mermaid oleh t a n g h

014-tangh

t a n g h tidak menahan diri dengan hasilnya kali ini. Ariel sudah cukup matang, dan t a n g h tidak melepaskan peluang mengimaginasikan Ariel dalam gaya yang begitu eksotik sekali!

13 Penyertaan Keseluruhan: e-j, Buckethead, Kanben, t a n g h, Orangdiam2, leydi, Shiori_La, Devil Mumu, Tarakucha (2), Invictus, kimBall dan Skynet.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 014

012: Danny Phantom

Monday, December 31st, 2007

012-original

Danny Phantom (c) Billionfold Studios ciptaan Butch Hartman

Danny Phantom adalah watak kartun animasi yang popular di Nickelodeon, berkisar mengenai seorang budak 14 tahun yang bertukar menjadi separuh manusia separuh hantu. Sungguhpun panik, Danny akhirnya menerima hakikat kuasanya dan menjiwai diri sebagai seorang superhero.

Sayembara ini telah berlangsung dari 27 Oktober hingga 3 November 2007.

Pemenang Utama: Danny Painted oleh Little_z3dD

012-winner-z3dd

Little_z3dD tidak berfikir panjang untuk meninggalkan peserta lain jauh di belakang. Dengan pencahayaan yang dinamik dan teknik persembahan yang kemas, z3dD berjaya menjiwai watak Danny Phantom ini. Malah ramaipun bersetuju apabila mengundi z3dD sebagai pemenang!

Pilihan Editor: Danny Dark Phantom oleh Silentgecko

012-silentgecko

Silentgecko juga tidak ketinggalan mempersembahkan Dark Phantomnya dalam versi catan digital, memberikan persaingan yang hebat kepada Little_z3dD. Malah aksi dinamik yang dipaparkan dapat mengenengahkan watak lincah Danny Phantom, apatah lagi bila direncahkan dengan aura darknya.

Pilihan Editor: Danny the Phantom oleh Kimball

013-kimball

Kimball tanpa ragu-ragu mempersembahkan Danny versi The Phantom, watak komik yang pernah popular dalam akhbar harian Bahasa Inggeris sekitar 80an dan 90an. Mungkin inilah rupa Danny bila sudah meningkat dewasa, gagah perkasa menentang kejahatan, dipersembahkan oleh Kimball ala watak StreetFighter.

Pilihan Editor: Danny Pixel Rider oleh kromosom

012-kromosom

Sekali imbas pasti ada yang terpikat untuk mencuri Danny Pixel Rider kromosom untuk dijadikan ikon di desktop atau mouse pointer di komputer masing-masing!

Pilihan Editor: Danny X-Factom oleh Skynet

012-skynet

Danny X-factor! Oh yeah! Guano demo? Bagai terngiang-ngiang dialek Kelantan Danny apabila melihat rendisi Skynet kali ini. Mungkin lebih hebat kalau kita boleh menikmati seluruh kumpulan X-Factor digarap dalam persembahan ini, tak gitu Skynet?

18 Penyertaan Keseluruhan: d4z, Kimball (2), Hamzi, azarimy, Orang diam2, Tanglong, GRINDSICKTANICS (2), kromosom, stingray_flyz, Silentgecko, Skynet, Little Z3dD, Tarakucha, Dwen_ke70, Bickbong dan IceSoul.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 012

001: Skeletor (He-Man and the Masters of the Universe)

Monday, December 10th, 2007

01-original
Skeletor ™ and (c) Mattel

Skeletor? Siapa Skeletor?

Skeletor adalah musuh ketat He-Man di dalam francais Masters of the Universe yang agak popular di TV dalam tahun 80an. Sungguhpun He-Man mungkin adalah sebuah karakter yang lebih ikonik, Skeletor dipilih kerana ia mampu menjana imaginasi lebih meluas terutamanya sebagai watak pertama yang akan direkabentuk.

Sayembara ini telah berlangsung dari 26 Julai hingga 3 Ogos 2007.

Pemenang Utama: Versi Aku oleh popiaman

01-winner-popiaman

Skeletor versi popiaman berjaya mencuri tumpuan di sebalik catan pantas dan berani, mempamerkan semangat jahat yang sememangnya semulajadi dengan Skeletor. Rekabentuknya juga menampilkan ciri-ciri lincah dan teknik catan yang digunakan mengetengahkan lagi ciri-ciri tersebut.

Pilihan Editor: Skeletorahardjo dari Herman serta Jagoan Jagat Raya oleh Bohrtaag

01-bohrtaag

Rekaan Bohrtaag menampilkan ciri-ciri nusantara apabila mengetengahkan elemen-elemen budaya Jawa. Hasilnya adalah satu karakter yang unik, namun berjaya mengekalkan intipati Skeletor sebagai seorang villain.

Pilihan Editor: Tanpa tajuk oleh Invictus

01-Invictus

Invictus pula mempersembahkan rekabentuk Skeletor yang gagah dan agam, lengkap dengan armor sisik yang terperinci. Ia ditonjolkan dengan lorekan pensel yang kemas dan terperinci, menambahkan lagi impak keseluruhannya.

15 Penyertaan Keseluruhan: Adzakael, kromosom, Terrible Shogun, Sapot_Poleng, Seediq_Sigaraga, Irkusydamha, IceSoul, popiaman, Feralfovea, Tarakucha, Tangh, Xilence Swordswind, Bohrtaag, Invictus and Alyridura.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 001