Posts Tagged ‘Komik’

006: Conan the Barbarian

Sunday, December 16th, 2007

006-original

Lebih 70 tahun yang lalu, satu idea bernas tercetus di dalam fikiran Robert E. Howard. Beliau membayangkan satu watak protagonis yang anti-hero, hidup di zaman Hyborian yang bermula selepas kemusnahan Atlantis. Di sinilah lahirnya watak Conan the Barbarian, satu watak yang begitu ikonik dalam dunia fantasi barat. Conan telah diadaptasi di dalam bentuk novel, komik, novel grafik, siri TV, kartun animasi hinggalah ke layar perak.

Pemilihan watak Conan di dalam sayembara ini diharap akan menjana imaginasi peserta ke genre fantasi dan seterusnya ke alam dongeng dan lagenda. Sayembara ini telah berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September 2007.

Pemenang Utama: Conan & “Friend” oleh Bohrtaag

006-winner-bohrtaag

Skema warna monotona nyata tidak menghalang Bohrtaag dari menjuarai sayembara kali ini. Apakah yang mungkin menjadi pemangkin kepada kejayaan Bohrtaag buat kesekian kalinya ini? Ya, sudah semestinya elemen “friend” di dalam karyanya menjadi penarik utama!

Pilihan Editor: Conan the Red oleh Kromosom

006-kromosom

Karya kromosom kali ini menggabungkan imejan dari satu lagi watak fantasi yang sudah tidak asing lagi: Hellboy! Dengan menggunakan teknik ala cell shading, kromosom berjaya menghasilkan amalgamasi Conan dan Hellboy dengan begitu mesra sekali.

Pilihan Editor: Conan the Librarian oleh azarimy

006-azarimy

Kalau Conan bersara awal, carilah dia di perpustakaan awam berhampiran rumah anda! Pastinya tak akan ada sesiapa yang berani mencuri buku atau lewat memulangkan buku :D.

Pilihan Editor: Conan the O’Brien oleh tarakucha

006-tarakucha

tarakucha buat lawak lagi! Kali ini Conan O’Brien pula yang menjadi mangsa. Cuma mungkin kita jarang tengok Conan O’Brien yang begitu gagah perkasa bak lakaran tarakucha.

Pilihan Editor: The Freak Brave Conan oleh Tangh

006-tangh

Gah! Mungkin begitulah rupa Conan versi zombie tua hasil nukilan Tangh. Dengan menggunakan teknik cell shading dengan kontras warna yang ketara menimbulkan lagi keperitan Conan yang semakin lapuk ditelan zaman :D.

20 Penyertaan Keseluruhan: Stingray_flyz (2), Tangh, d4z, MohdHairy, Sapot_poleng, Batmanbegins, Bickbong (2), tarakucha, Orangdiam2, Mat_spawn, Takara, Bohrtaag, Sayahan, Leydi, azarimy, Ajinda, kromosom dan Fern.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 006

003: Chun Li

Tuesday, December 11th, 2007

03-original

Chun Li ™ dan (c) Capcom

Oho! Chun Li!

Siapa tak kenal Chun Li? Chun Li adalah antara karakter game paling ikonik dalam tahun 90an, dipopularkan melalui permainan arked Street Fighter II dan versi-versi seterusnya, termasuklah media lain seperti filem animasi dan komik. Populariti Chun Li disandarkan dalam pertandingan ini kerana hanya Chun Li dapat menjana penyertaan sehingga 31 penyertaan secara seluruhnya!

Sayembara ini telah berlangsung dari 10 Ogos hingga 17 Ogos 2007.

Pemenang Utama: Hmmmm…. oleh ZoOL!

03-winner-zool

Tak perlu fancy costume, tak perlu gajet tambahan, tak perlu kata-kata indah! Karya ZoOL cukup mengatakan segalanya. Pos yang diberikan oleh Chun Li begitu dinamik, betul-betul merungkai ciri-ciri Chun Li yang tangkas dan lincah. Teknik catan yang dipersembahkan oleh ZoOL juga begitu kemas dan rapi, menambahkan lagi keperincian karakter olahannya.

Pilihan Editor: Chun Li by Nike oleh Adijin

03-adijin

Kalau Chun Li masuk olimpik, barangkali Nike akan menjadi sponsor utamanya! Ada sesuatu yang begitu unik dalam penampilan Chun Li seperti yang digambarkan oleh Adijin ini, mungkin kerana fokus lukisan kepada pos dinamik dan bukan watak itu sendiri. Kerana keunikan ini, karya Adijin dipilih sebagai pilihan editor.

Pilihan Editor: Chun Li Hyper Super Kill Combo!!! oleh Sup

03-sup

Pasti ada yang terbatuk darah melihat Yu Fa (Yan) menjiwai watak Chun Li! Tak kenal Yu Fa? Barang siapa peminat Stephen Chow dan filem-filemnya pasti tak akan terlepas dari bertembung dengan watak Yu Fa, si jejaka lembut yang kerap kali mencuri tumpuan. Dan Sup tidak melepaskan peluang menjiwai semangat Yu Fa… errr… Chun Li!

Pilihan Editor: ehem oleh LobakOren dan Just_jimi19

03-lobakoren dan just_jimi19

Anda pasti dapat rasakan kehangatannya! Usahasama LobakOren dan Just_jimi19 ini berjaya menghasilkan satu suasana yang panas dan berahi, cukup untuk memacu hormon audiens ke hyperdrive! Warna suam-suam suram yang digunakan menambahkan lagi bahang Chun Li!

Pilihan Editor: Chun Li Majapahit oleh azarimy

03-azarimy

Ayuh ke nusantara! Mungkin begitulah rupa Chun Li sekiranya beliau lahir di bawah kerajaan Majapahit. Penggunaan tekstur batik dan elemen perhiasan budaya Jawa oleh azarimy memberikan keunikan gabungan dua budaya.

31 Penyertaan Keseluruhan: Tangh (3), Amirzakirana, kromosom, azarimy (2), Adijin, tarakucha (2), ZoOL!, Xilence Swordswind, Silentgecko (5), Ayridura, syarul (2), Sup, little Z3dD (2), Devil_mumu, Terrible Shogun, Just_jimi19 (2), Mono-activ, Chayrot, Mat_spawn, Leydi, Aimo, popiaman, LobakOren, IceSoul dan LukisanPasar.

Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 003