033: King Arthur
Thursday, August 7th, 2008King Arthur, pemerintah lagenda di England, merupakan satu ikon pra-medival yang menjadi kebanggaan bangsa Inggeris sehingga kini. Kisah-kisah keperwiraannya bersama-sama kesatria-kesatria Meja Bulat berjuang menumpaskan kekejaman, makhluk-makhluk mitos sehinggalah ahli sihir mistikal begitu meluas dari cerita kanak-kanak sehinggalah kepada filem epik berskala besar. Pelbagai rendisi telah digambarkan di dalam pelbagai media sejak zaman berzaman. Kali ini peluang kesatria-kesatria perghdotcom untuk menghasilkan gambaran mereka pula.
Sayembara ini telah berlangsung dari 22 Mac hingga 29 Mac 2008.
Pemenang Utama: musuh jangan dicari, kalau tersua jangan dielakkan oleh hamzi
Sekali lagi hamzi mengungguli pertarungan antara artis-artis perghdotcom ini. Memang tidak dinafikan, kombinasi pose heroik ini begitu menjiwai semangat King Arthur yang tampak masih gagah sungguhpun sudah berumur. Rekaannya keluar dari kongkongan rekabentuk baju zirah konvensional yang sinonim pada zaman pra-medival. Kita dapat amati unsur-unsur fantasi jepun diadun bersama kompleksiti rekaan barat dengan halus. Syabas sekali lagi kepada hamzi!
Pilihan Editor: Nick Carthur oleh mantoto
Rendisi monokrom mantoto ini disaduri dengan pengaruh komik-komik pendekar Hong Kong. Sekali imbas ia mengingatkan kita kepada Penjejak Badai. Pose yang digunakan juga amat popular dalam menggambarkan lagak hero tersebut. Tetapi mantoto tidak menceduk teknik-teknik tersebut semata-mata, kerana dia garapan monokromnya serta penggunaan latar belakang kosong yang memberi kontras yang baik, sesuatu yang amat jarang digunakan di dalam komik-komik Hong Kong.
Pilihan Editor: Arthur: The Return oleh Stella5
Stella5 membiarkan pengaruh elemen-elemen rekabentuk Jepun menguasai persembahannya. Ini membolehkan kita melihat penerapan yang berbeza. Kesan suram dan samar-samar membolehkan audiens memfokus kepada watak utama ini, namun posisi dan aksinya bagaikan mengajak audiens untuk meneroka cerita yang cuba disampaikan. Ia bagaikan panel pertengahan sebelum sampai ke klimaks cerita. Mungkin ia disengajakan oleh Stella5 agar kita ternanti-nanti akan kesudahannya?
Pilihan Editor - King Arthur vs Capcom oleh Bajak
Ayuh sahut cabaran Excalibur! Tampak ketara jaguh-jaguh Street Fighter tidak mampu mencabut Excalibur keluar dari perangkap batu, dan King Arthur hanya mentertawakan gelagat mereka. Satu perkara yang patut disentuh di sini ialah penggunaan tetingkap yang membingkaikan latar belakang membayangkan ia sebahagian dari panel komik, tetapi Bajak tidak mahu terkongkong dalam penceritaannya, lalu membiarkan watak-wataknya melimpah keluar, membuatkan persembahannya lebih dinamik!
Pilihan Editor: The Omega King Arthur oleh silentgecko dan Prem_Chopra
Rekabentuk semula ini King Arthur ini agak signifikan kerana berbeza dari yang lain. Dia tidak segagah dan agam seperti yang lain-lain. Dia jugak tidak menggunakan pedang, tetapi sebaliknya menggunakan ekor pari bagaikan Omega Red. Bagi menguatkan lagi impak asimilasi Omega Red dengan King Arthur ini, silentgecko dan Prem_Chopra menghasilkan satu paparan yang agak suram tetapi pada masa yang sama keras membara. Ia benar-benar mengecapi jiwa kedua-dua watak tersebut.
29 penyertaan keseluruhan: crayon (3), Sayahan, kimBall, hamzi, Bajak, irkusydamha, narami_san, TakoyakiChan, ajinda, Invictus, Stella5, silentgecko, Prem_Chopra (3), lepazo, mantoto, WAVE RIDER, stingray_flyz, hami_drfrix, orangdiam2, c u r d, Billy_Zee, azharmaa, jack oreo, tarakucha dan rabun.
Untuk melihat semua penyertaan: Topik Undian 033 Kumpulan 1, Topik Undian 033 Kumpulan 2.










