Begini, baru-baru ini aku berbual dengan Encik Arief, dia adalah orang yang bertanggungjawab berkenaan persembahan di pentas utama semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur pada hujung bulan 4 nanti.
Berita baiknya, beliau beri satu jam percuma kepada kita bagi membuat apa-apa persembahan

di pentas utama PWTC. Fasal booking pentas, memang sudah ada. Pokoknya sekarang, ada tak mana-mana ahli pergh yang berminat nak buat persembahan.
Sebelum korang kata 'ya' aku mahu beritahu lebih awal. Kita diberi peluang buat persembahan hanya dalam minggu kerja (isnin - jumaat). Jadi, expect untuk mendapat crowd yang ramai, memang tidak dijamin. Persembahan kita hanya satu jam. Kita tidak menerima apa-apa bayaran melainkan hanya diberi peluang untuk buat apa sahaja di atas pentas itu.
pasal persembahan. boleh difikirkan. INgat, persembahan ini di bawah label indie. pergh.com. kita ada POWER nak buat persembahan apa yang kita suka. Mungkin ada yang berbakat nak buat konsert unpluged, buat demo mengaler digital, buat show hasil animasi masing2. kreativiti terbuka.
apa yang aku mahu sekarang, korang berminat tak? Kalau berminat, apa persembahan selama 1 jam yang korang nak buat di sana.