Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga pergh sekalian.
Idea:
Tiap2 minggu satu character akan dipilih, dan para peserta perlu redesign + lukis versi sendiri dalam tempoh seminggu.
Karakter akan diumumkan setiap hari Jumaat dan boleh penyertaan boleh dihantar sepanjang minggu sehingga Jumaat berikutnyaMedia: bebas, warna atau hitam putih
Background:Secara umumnya ramai di forum ni pandai/tahu melukis (dan/atau design). Cuma selalunya tak ada idea nak lukis apa, betul tak? Itu pasal perlunya ada kawan2 yang boleh tolong suggest apa nak lukis. Lagi menarik kalau saling mencabar secara sihat, melukis benda yang sama beramai-ramai. Jadi boleh tengok hasil masing2 di kemudian hari.
ContohContohnya aku ngan tarakucha (bukan nama sebenar) baru2 ini mencabar untuk melukis IronMan. Jadi dia buat versi dia, dan aku buat versi aku. Ideanya adalah utk masing2 lukis karakter yang sama, tapi
dengan stroke dan re-design versi masing2.
Idea ini sama macam di
Project Rooftop. Kunci utama di sini adalah
character design, so sketsa kasar pun boleh diterima. Tempoh masa seminggu itu adalah untuk menggiatkan lagi penjanaan dan proses mematangkan idea (biasalah kalau tak ada deadline mesti lembab nak buat, kan?).
Proses dan Prosedur PenyertaanSetiap Jumaat, satu topik/thread akan dibuka bertajuk "Character Redesign Battle XXX: (NAMA WATAK)". Di dalam topik ini, satu karakter akan dicadangkan oleh moderator atau pemenang battle minggu-minggu sebelumnya. Dalam tempoh seminggu, sesiapa yang berminat boleh menghasilkan karya redesign masing2 dan submit di dalam topik yang sama. Topik akan dibiarkan hanyut selepas tempoh tamat submission.
Proses PengundianSetelah penyertaan ditutup, moderator akan membuka satu topik undian bertajuk "Character Redesign Poll XXX: (NAMA WATAK)". Di dalam topik undian ini, semua warga perghdotcom boleh mengundi karya yang mereka rasakan terbaik. Undian akan berjalan selama seminggu. Pada Jumaat seterusnya, undian akan ditutup dan pemenangnya akan diumumkan oleh moderator.
Jadi secara dasarnya:
Jumaat Minggu 1: Pertandingan 1 bermula.
Jumaat Minggu 2: Pertandingan 1 ditutup; Undian Pertandingan 1 bermula; Pertandingan 2 bermula.
Jumaat Minggu 3: Undian Pertandingan 1 ditutup dan pemenang diumumkan; Pertandingan 2 ditutup; Undian Pertandingan 2 bermula; Pertandingan 3 bermula.
Rules and RegulationsSubmission and Participation- You may join and submit any competition at any point of time. However, only entries submitted within the time limit set by the organizers are eligible for the competition.
- You may only submit original artworks done by you (including teamworks). You may not submit works belonging to other people as yours without their consent. However, you may submit works on their behalf.
- You may submit as many entries as you want/can.
- You may use new or old artworks as long as it abides the rules of the design.
- You may not use works that have already been published in any publications that doesn't belong to you. You may however use works that have been published in your own personal website, ashcan comics, DIY zines etc, where you hold full or partial ownership.
Status of the works- All works are treated as fan-art.
- There is no permission whatsoever in using the selected characters as a base of reference, and all the copyrights are reserved by the respective owners of the characters.
- All fan-artworks belongs to the owner of the works, and be treated as a tribute to the original work and owner.
- The artist/designer holds ownership and copyright of the works if determined that it has gone through significant change from the point of reference (original characters).
- It is recommended that you sign or leave a mark of ownership on your works. Watermarks are accepted, as long as it is not deemed obstructive by the judges.
Criteria of submission(s)- Artworks can be of any media, but the submission is always in digital format.
- The minimum size of the digital format for submission is 400x400pixels.
- Artworks must not contain nudity (no genitalia or nether regions, no bare female breasts or nipples, no bare buttocks).
- Artworks must not depict or suggest extreme or offensive racial, religious or sexual conducts.
Organizers and their rights- Organizers consist of
first tier: moderator of the battle forum (Bohrtaag)
second tier: administrators (mysticmind and azarimy) - Organizers reserve the right to the deadline, the organization of the competition, awarding of winner(s), acceptance and rejection of entries as well as full moderation of the forum.
Pengumuman Pemenang dan Kesimpulan PertandinganSetiap minggu, pemenang akan diumumkan oleh moderator di dalam topik undian. Penyertaan yang mendapat undian terbanyak akan diumumkan sebagai pemenang. Sekiranya terdapat perkongsian tempat pertama, semua yang berkongsi tempat pertama akan diumumkan sebagai pemenang.
Pemenang akan mendapat lencana/badge yang menandakan kemenangan mereka. Lencana unik ini di dalam bentuk jpg, dan pemenang amat digalakkan untuk menyematkan lencana ini di dalam signature masing-masing.
Selepas pemenang diumumkan, moderator dan administrator akan mengumpulkan karya-karya yang terpilih di dalam sesuatu pertandingan dan akan dipamerkan di dalam Perghdotcom Battle Showcase Blog. Editor blog ini akan mengulas karya-karya terpilih secara ringkas. Karya dipilih berdasarkan keunikan, ketrampilan dan kualiti hasil kerja atau rekabentuk yang dipersembahkan. Ini bermakna sungguhpun anda tak menang, hasil kerja anda boleh terpilih untuk dipamerkan di blog tersebut.
Itulah sedikit sebanyak peraturan, penjelasan, prosedur dan syarat-syarat Pergh Character Redesign Battle mingguan ini. Penyertaan setiap ahli, tak kira pro atau tidak, amatlah dialu-alukan.
Selamat mencuba!