memang terlalu tebal untuk seorang artis melainkan kalau dia target produce 4 buku setahun... itu pun dah 40ms/bulan, kira masih lagi banyak, terutama yg ada kerja full time...
kalau PTS mahu mengambil inspirasi manga, kita perlu ingat bahawa walaupun komik manga boleh keluar 40-80 pages sebulan (20ms setiap episod, keluar setiap minggu, kemudian di bukukan), setiap manga tu ada team masing2 -- ada penulis professional dan team untuk brainstorming, ada artis utama, artis finishing, artis lukis background dan tracing, artis bubuh screen tone, ada editor dalaman, macam production house - semua kerja full time... Kalau buat sorang2, nak clear 6 pages sebulan pon pengsan.... Bila Marvel mula2 bereksperiment dengan novel grafik, tebal novel tu lebih kurang 40-50 ms sahaja.... hanya bila ada sambutan dan following (itupun selepas DC berjaya denga DArk Knight dan Watchmen), baru berani bikin lagi tebal... Itu pun dengan memberi banyak masa untuk siapkan novel tu...
aku bukan nak melemahkan semangat, tapi melihat kawan2 struggle, rasanya kerja yang rushed tidak memberikan kepuasan kepada artis....
Semakin lama aku semakin berat kepada pemikiran Ajif... kualiti bukan kuantiti.... terutama kalau nak bikin niche market, bukan projek suka2... Ambil masa yang lama juga nak terima hakikat kenaifan diri sendiri ketika mula2 cuba bikin komik...
Alang2 bikin novel grafik, bikin lah yang orang boleh ingat dari segi idea dan kualitinya... aku yakin ramai artis yang ingin berkarya bukan setakat cari makan, sebaliknya memberi yang terbaik, dan untuk memberikan yang terbaik, format (saiz) komik tu biarlah yang boleh beri ruang untuk artis demonstrate keupayaan sepenuhnya...
TApi buat masa ni kita boleh speculate saja format komik Malaysia ni.... kena dengar briefing dari editor la kot...