Allahyarham sebenarnya sudah lama mengidap penyakit jantung, Allahyarham memang sering ke IJN bagi mendapatkan rawatan. Mungkin sakitnya yang ditanggung ini tidak diceritakan kepada semua sahabat kerana Allahyarham merupakan seorang yang sangat pandai menyembunyikan kesusahan dan kesakitan yang dihidapi kepada sahabat-sahabat.
Kali terakhir berbual bersama Allahyarham di telefon sebulan yang lalu apabila sms tidak dibalas. Nada suaranya ketika itu sudah cukup memberi jawapan akan kesakitan yang ditanggung. Walau bagaimanapun Allahyarham masih tetap ketawa dalam setiap perbualannya.
Memendangkan suara dan nafasnya yang tersangkut-sangkut, aku tamatkan perbualan.
Allahyarham sebenarnya memerlukan jantung baru bagi meneruskan kehidupannya seperti sediakala. Tetapi peelu tunggu giliran katanya bagi mendapatkan jantung gantian.
Ketika menghubungi HPnya tadi, adik iparnya mengesahkan pemergian Allahyarham.
Allahyarham tidak bangun dari tidur sejak malam tadi. Salah seorang ahli keluarga datang mengejutkannya, dan mendapati tubuhnya terasa sejuk dan hanya jasadnya yang terbaring.
Semoga kita dapat berkumpul selepas cuti Hari Raya Cina bagi menziarahi keluarga Allahyarham.
Buat sahabat-sahabat yang tidak sempat menziarahi(termasuk aku) hubungi nombor HPnya, ahli keluarganya akan menjawab panggilan.