Diari Ramadhan Pergh 2009

Author Topic: Diari Ramadhan Pergh 2009  (Read 3741 times)

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • *
  • Posts: 9341
  • Menyepam forum sendiri
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Diari Ramadhan Pergh 2009
« on: August 22, 2009, 04:33:18 PM »
Ini takde kaitan ngan Diari Ramadhan Rafique dan Rozita che wan yer..  :)):

Untuk 'kenangan' punya bleh post di topik :
http://www.pergh.com/forum/index.php/topic,13721.0.html

Skang ni kita citer puasa kita selama 30 hari nih.. bermula hari nih.
Ada gambar lg bagus.



---

Diari Ramadhan Mystic
- padang jawa klang.

Semalam, aku tak bangun sahur pun kol 4 - 5 pagi. Tapi aku dah pi sahur awal sebelum tido.
Iaitu dari kol 1 - 3 pagi lepak kat Restoran Sempeneh sek. 7 shah alam. Tokey kedai nih melayu kaya oh... ada skyline GTR merah dan adik dia pompuan tuh model (hot! - tokey bersama kot) pakai BMW M6 coupe (terkebetulan aku terperasan dia ada kat opis aku ari khamis masa aku pi meeting kat HQ - aku perasan keretanya).

Makan ayam masak merah + nasik putih + Barli suam dan air kosong.
Balik umah.. siap2 niat sebulan.. dan tido.. tak jaga dah sahur.. hujan lebat kol 8 pagi. pastuh kol 12 sambung tido. :D
« Last Edit: August 24, 2009, 08:02:32 PM by mysticmind »
Visit : + Blog + Twitter + FB



leydi

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3111
  • Darititikketitik..
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #1 on: August 22, 2009, 07:38:09 PM »
Dairi ramadhana Leydi :
Bukit Katil, Melaka.

> Bangun sahur kul 4.30...eh mana lak bangun sbb aku tak tido lagi time tu.
> Kejut Raushan Naim sbb dia kata nk puasa.Kesian tengok muka kelat2 telan nasik hehe..
> Kul 2pm Naim dah ta bleh tahan. Tu pon setelah aku berjaya melengah-lengahkan permainan.
> Aku bagi mkn roti..Nasib aku tak terliur tengok roti kopi tu walopon nampak sodap..

> Bondaraushan berbuka kat konti.Dan aku kesepian di rumah.
> before masuk waktu, goreng cempedak dgn goreng pisang tanduk.Lazat siut cempedak goreng tu.Pehhh...
> Minum ayer limau + asam boi...Alhamdulillah. :)

vaticanvampire

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 333
  • This is good... isn't it?
    • View Profile
    • me deviantart
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #2 on: August 22, 2009, 09:57:00 PM »
Dairi ramadhhan vaticanvampire:
sunway,PJ

outing kat tasik shah alam dari kul 5.00 to 7.00
then plan nk beli makanan buka kat bazaar shah alam tu
tgk gerai dh nk tutup rase lain mcm tgk orang tngah makan
alang2 buka kat sana terus
i'm not a cameraman, i'm a photographer-
me blog

Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3127
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com/wordpress
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #3 on: August 22, 2009, 10:45:26 PM »
kul 10am lebih kuar umah dah cari barang2 utk berbuka(semangat!)...
cari ikan keli idup ngan tilapia kt pasar..+ulam2 skit..
balik umah layan DVD sampai asar...
pi umah mentua kasi bakar itu ikan...cicah ngan air asam plak masa berbuka...
pastu gi ngetest terawih kat masjid baru putrajaya tuh..lawoo gak dalamnya..tp panas sampai ada yg pengsan..
balik makan2 skit...itu aje.
<a href="http://www.firdausradzi.com/upload/LC_banner_promo.swf" target="_blank" class="new_win">http://www.firdausradzi.com/upload/LC_banner_promo.swf</a>



http://www.firdausradzi.com/wordpress

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 2972
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #4 on: August 23, 2009, 12:52:00 AM »
Diari ramadhan Ubder:

Malam sebelum posa nampaknya ramai Melayu keluar makan malam lepas gian. Ggerai yg aku selalu makan macam sarang lipas.. penuh orang dan budak2. Alang2 makan malam, aku bungkus nescafe dan Nasi ayam untuk sahur sekali.

Malam aku tidur 3 pagi. Aku tengok Ultimate fighter season 9 yg aku donload.
Pukul 5 bangun sahur, sup nasi ayam tumpah atas kain aku. Aku tunggu sampai subuh, lepas tu baru tidur. BAngun 11.30pagi. Bestnyer hari ini aku off kerja. Lagi best sebab hujan pagi.

Sementara tunggu zohor aku tengok movie Bronson dari koleksi donload aku. cerita sorang mamat kat UK yang dok dalam penjara 34tahun sebab suka pukul guard.

Lepas tu pergi tempat kerja, surfing kejap pakai line opis, tengok siri Deadliest warrior: Apache vs Gladiator. best gak siri ini, bagi banyak idea baru. Asar aku balik rumah, pukul 5 keluar jogging, lari TAsik dan bukit. Cuaca best, redup, sedikit dingin dan ada sikit angin, tak payah aku pakai tutup kepala macam askar jepun. Takder Amoi pakai seluar pendek ketat hari ini. Pukul 7 abis jogging, buka posa atas LRT semasa balik rumah dengan minum air Gatorade versi Tiger wood. Siap ada announcement dari drebar LRT. Sampai BTS, aku terus makan Restoran Shiraj, nasi dengan ayam 2 ketul. Cukup2 time clear maghrib. Aku ingat aku makan macam dalam filem Sarjan Hassan. Express. Balik rumah talipon famili aku kat Utara.

Selamat berpuasa semua. Aku rasa ini jer la rutin aku bulan posa ni.
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

crowpunk

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 587
    • View Profile
    • http://
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #5 on: August 23, 2009, 06:14:15 AM »
1st time ever aku tido lepas smayang maghrib, padahal aku bukan mkn sgt pun. kembung minum air je kot tu yg mata pun layu je. huhu

yondaime_kazekage

  • Full Member
  • ***
  • *
  • Posts: 1492
  • paradox govern our lives. f#$@*& paradox!!
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #6 on: August 23, 2009, 12:43:30 PM »
diari ramadhan ku..

orang lain sibuk cari bazar ramadhan yg meriah, aku lain pulak halnya.
puas aku meronda jalan naik motor tadi, bukan apa, aku perlu carik jalan alternative utk balik keje nanti. jalan utama dari tempat keje ke rumah pengasuh baby aku boleh kata bakal lumpuh terus menjelang ramadhan.
dari area satok, tgh bandar aku short cut msuk taman perumahan - tembus bawah flyover. pecut masuk daerah gitak plak, aku terai jalan-jalan simpang yg aku tak penah masuk. dapat satu jalan agak tersorok betul2 direct pegi rumah pengasuh baby. cantik.
kalau aku tak buat macamni, alamat tiap2 hari berbuka dalam kereta...

* layan gak cerita bronson tu brade ubder, haha.. nak tergelak aku tgk warden penjara kena ugut sapu losyen kat bontot dia. ati kering tahap gaban!
Freedom, baby... is never having to say you're sorry. - JM

bipeds

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1733
  • jangan taip :jayman:, jangan
    • View Profile
    • blogku
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #7 on: August 23, 2009, 03:22:09 PM »
diari remdan semalam punye;

demam tak kebah lagi, tapi kul 5 dah bangun.
makan ayam goreng ngan sayur kobis ngan nasik 1 senduk.
tak habis.
ayam seketul kasik orang lain habiskan, nasik bagi kucing habiskan.
minum teh 2 3 teguk.

tangah hari berbuke teh pagi tadi...

leydi

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3111
  • Darititikketitik..
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #8 on: August 23, 2009, 04:33:58 PM »
Dairi Ramadhana Leydi :
Bkt Katil,Melaka

> Subuh tadi tak sahur..Terlajak 6.15..lupa set alarm.
> Aku check suma jam kut2 pukul 5.15 ke..Malangnya tak. Mmg kompom 6.15 dah lepas waktu.
> Aku ni jenis kena bangun sahur...Kalo tak,perutku meronta-ronta, merayu minta diisi.
> Ptg nanti kul 6 plan bawa Naim n Muaz gi Pasar ramadhan bli makanan.
...Tak leh imagine lagi kuih apa yg akan mampu  melelehkan air liurku..Tungking ayam percik kut.
> Pastu bawa trus ke RTM. Berbuka sama bondaraushan dlm konti.

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • *
  • Posts: 9341
  • Menyepam forum sendiri
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #9 on: August 23, 2009, 07:49:43 PM »
Diari Nia Ramadhani (Ramadhan-ku)

Hari pertama puasa yakni semalam...

- aku beli air tebu
- aku beli murtabak
- aku beli kueh ape ke nama tah.

Dan aku tak makan nasik, dan aku tak sahur puasa hari ke 2. :o

dan puasa hari nih amatlah lapor, dan aku juga alami sakit kepala. mungkin sebab panas dan sebab aku tak minum air extra pun kecuali air aku berbuka semalam dan segelas air lagi tgh malam tuh...

hari nih aku tak berbeli kat pasar ramadhan.
aku tunggu lagi 10 minit nak berbuka,
aku pi kedai... aku order tea o suam.. 2 gelas aku balun.
dan aku makan nasik lauk ayam seketul. tuh sajer.

minum tea o suam adalah lebih baik dan hilang dahaga berbanding minum air berais.. dan bertahun2 juga,  menu mak aku sekeluarga ialah.. air tea o suam tiap2 kali berbuka puasa di kampung.

jumaat minggu nih aku rancang balik kg. puasa kat kg. :D
Visit : + Blog + Twitter + FB

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 2972
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #10 on: August 23, 2009, 08:38:57 PM »
** brade yon, aku ingatkan aku sorang jer layan Bronson ni.. jangan jadi role model dah ler, walaupun aku kagum dengan dedikasi dia training semata2 nak pukul warder...

semoga bipeds kembalik sembuh... citer ko buat aku hargai kesihatan yang membolehkan kita berpuasa..

Ramadan hari 2 Ubder:
Mlam tadi makan lewat malam, nasi dengan sup ayam pukul 12... tidur 2 pagi. Tengok The Ultimate fighter season 9 sampai episod 12. Final belom abis donload lagi. Bangun sahur 5 pagi. Aku pakai 3 alarm, 2 handphone kat tepi katil dan sebijik jam alarm aku letak atas meja jauh dari katil supaya aku terpaksa bangun untuk ketuk punat alarm dia untuk berhenti.

Sebab hari biasa pun aku dah biasa bangun 5.30 pagi (sejak setahun lalu), tak susah sangat nak bangun sahur. Cuma makanan nasi dan ayam kicap bungkus untuk sahur dah sejuk. BAlun saja dengan kurma 2 bijik, dan air kosong. Lepas subuh aku sambung tidur sampai 11.00 pagi.

Lepas mandi aku pergi KLCC (drive) untuk makan angin dan bayar sewa rumah (bank-in). Lepak kat kinokuniya sampai 2 petang. Ramainya orang tak berpuasa bila aku lalu tempat makan.. Agaknya aku mamun sebab terbeli majalah yang sama yang aku dah beli bulan lepas (Runner's world)... Yang lawaknya salah satu buku aku beli kat Kino adalah Memory training...  Balik rumah, tiidur sampai Asar. Terlena sambil baca buku. Mmesti boring giler.

Ppetang keluar ke tempat jogging 5.30pm. Buat senaman conditioning sikit2 sambil enjoy angin petang yang sejuk dan lembut. Hari ini tak best lepak kat situ sebab banyak sangat family outing kat situ, mengganggu ketenteraman meditasi aku. Nasib baik hari ini takder yang bawak anjing kesayangan famili mereka. Pukul 7pm aku blah naik LRT. Time berbuka masa dalam LRT, aku tunggu sampai keluar sebab ada sorang budak lelaki Melayu yang dok depan aku takder apa2 makanan/minuman. Nampak lembik semacam jer. Tak terpikir langsung nak share minuman aku. Menapak keluar dari LRT aku melagah air GAtorade yg aku beli lebih awal.

Restoran biasa aku lepak tutup pulak hari ini, terpaksa menapak jauh sikit makan kat gerai. Nasib baik orang tak ramai. Menu aku - nasi, sup ayam, telur dardar, Teh O limau panas.

Iitu sajalah..

Mystic, ko pening memang sebab tak cukup air laa... Panas pun satu hal jugak.. aku bulan posa ni kalau keluar pakai topi, nak kurangkan kesan matahari tu.
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

kimBall

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1110
  • Avatar Hideki Go
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #11 on: August 24, 2009, 09:11:26 AM »
odows,
masjid punye cantiQue ......ada orang pengsan,lampu terlalu banyak kut luar dalam, :D

1st day...
sahur kul 4.45 am,tido x berapa nak lena sebab tingkap dapur rumah sewa dipecah masuk pencuri,beberapa hari sebelum ramadhan,
pencuri tu bukak tingkap,cungkil grill then terus merembat barang2 dlm rumah aku n bilik zedd semasa ketiadaan kami.
Grill tingkap pulak lambat dipasang balik oleh tuan rumah menyebabkan kami terpaksa tido2 ayam.
Barang2 yg dirembat oleh pencuri adalah PS3 ( console ),equalizer speaker 5.1,
RAH kamen rider black bersama2 motornya BattleHopper,action fgure superman & batman n komik public enemy karya edd mcguiness ( figure pun sculp refer lukisan edd mcguiness ).....
introduction untuk bulan ramadhan ialah berpuasa sambil mengemas rumah yg disepahkan....terima kasih pencuri! :D
jika tidak aku pasti tido atau leka bermain game...

Visual Sensation !!!

orangdiam2

  • Full Member
  • ***
  • *
  • Posts: 824
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #12 on: August 24, 2009, 09:54:37 AM »
takziah buat encik kimball
++++

nak menambah juga. Diari Ramadhan hari semalam. Balik kampung pada hujung minggu.

4.30 petang, mula memasak bersama adik-beradik perempuan. Menu pertama asam pedas ikan tenggiri, pucuk ubi rebus, ikan goreng dan sambal belacan. Menu kedua pula mee udang. Ayah beli popia goreng sampai dua jenis, tahu sumbat dan apam. Puding jagung dan agar-agar yang ayah beli kelmarin pun tak termakan lagi. Siapa entah yang hendak makan?

Kakak ipar telefon tanya bagaimana hendak masak lemak cili api ikan tenggiri. Sekarang ni sedang musim tenggiri dan parang. Pasar dipenuhi dengan ikan tenggiri yang baru naik. :hansap:

6.00 petang, check henset. SMS daripada system engineer yang masih bertungkus lumus di pejabat pada hari Ahad, "Portal ada problem!" :argh: :argh:

bearing85

  • Full Member
  • ***
  • *
  • Posts: 1130
  • veni...vedi...vinci
    • View Profile
    • deviant art
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #13 on: August 24, 2009, 10:31:38 AM »
takziah juga pd incek kimball

==========================================

arini xde pape yg best sngt..
sahur mkn nasi sejuk semalm punya lauk sambal bilis ngn kacang botol dan kuah gulai ayam roti jala..pas sahur perut aku rase memulas mnkn sbb duk belasah srg2 mkn cempedak pas berbuka smlm..paling best arini aku berjaya dtng awl kije..trlewat dlm bbrapa minit jer (8.36am)..tahniah buat diriku..moga azam baru ni terus subur dihatiku..aminn..

p/s: nafsu tido cm setan..punca pelbagai penyakit dan punca aku masuk opis lmbt.. :D

saje nk share buah cempedak yg aku mkn smalm: :D

Hati Riang;:)

picopong

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 142
  • Kejuruteraan Daging
    • View Profile
    • KLASIK
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #14 on: August 24, 2009, 10:56:35 AM »
Diari Ramadhanku hari ini di negeri orang:

Office / Lab mate aku yang berbangsa India minum Milo panas di awal pagi sambil berbunyi sruppp...srruppp...

Office / Lab mate aku yang berbangsa Kiwi makan potato chips sambil berbunyi krupp...kruuppp...

Professor ku makan sandwich sambil berbunyi nyum...nyum..nyum..

Ah! Kejamnya.

Musim sejuk mulai beransur tamat dan diganti dengan musim bunga, gadis-gadis di sini sudah mula tidak memakai baju sejuk dan tebal yang menutup tubuh mereka. Mereka mula memakai pakaian yang nipis dan kekurangan benang,skirt pendek bawah punggung, baju ketat menampakkan bentuk tubuh, singlet nipis dan singlet longgar menampakkan lurah. Mereka berpeleseran di depan lecture hall dan library, berbaring-baring dan bergelak ketawa di atas kerusi dan rerumput menghayati panas matahari yang baru muncul setelah 3 bulan kesejukan.

Ya Allah, aku berpuasa.




Skynet

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3127
    • View Profile
    • http://www.firdausradzi.com/wordpress
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #15 on: August 24, 2009, 11:20:34 AM »
Kim..takziah.
Masjid tu panas sbb lampu byk sgt kot..kalau dr jauh..peh..cahaya dah mcm bangunan terbakar..

puasa hari ke 2

awal pagi dah cabut dr umah mentua balik umah nak kemas2+siapkan assignmet...
tengari kuar cari kedai printing...dr kajang sampai ke bangi meronda..hampeh..ahad memang la semua kedai tutup!(kalau sesapa ada nk buat bisnes..buat la bisnes printing bukak ari ahad)
mau tak mau..kena gak pecut ke Wangsamaju..ada 1 kedai buka kul 12pm-4pm..cun! Sampai dah kul 3+pm..Tak sampai 10minit semua dah siap print..terus gi antar asignmt..lega.
balik layan DVD kejap..pastu gi bazar cari kuih muih skit..
hari ke2 yang memenatkan..itu aje..
<a href="http://www.firdausradzi.com/upload/LC_banner_promo.swf" target="_blank" class="new_win">http://www.firdausradzi.com/upload/LC_banner_promo.swf</a>



http://www.firdausradzi.com/wordpress

orangdiam2

  • Full Member
  • ***
  • *
  • Posts: 824
    • View Profile
    • researcherlife siries
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #16 on: August 24, 2009, 01:08:25 PM »
Puasa ke-3

Hari ni bekerja di tempat client dan menyaksikan gov servant ni menghabiskan masa rehat dengan bermain game secara berjemaah. LAN party!

ubder

  • Moderator
  • Senior Member
  • *
  • *
  • Posts: 2972
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #17 on: August 24, 2009, 02:47:58 PM »
Hri 3 posa -
dah balik kerja... mengantuk nyerrrr aku... kena pulak dalam aircon....

hari yang teruk sikit, sebab tak tahan kena aircon... rasa macam nak tidur saja... Adakah ini penangan peanut butter masa makan sahur? Lain kali kena beli nasi jugak, tak kira laa nasi goreng sejuk ker...Makanan mat salleh tak sesuai untuk perut aku... Tapi kalau sahur dengan cheeseburger double special best gak....  masalahnya semua mat burger pergi bisnes pasar ramadhan, lagi masyukk;...

produktiviti kerja hari ini tak boleh di harap...
one

"Tuez-les tous; Dieu reconnaitra les siens."
("Kill them all; for the Lord knoweth them that are His.")
-Albigensian Crusade

 Igitur qui desiderat pacem, praeparet bellum...
- Publius Flavius Vegetius Renatus

PhoenixByte

  • Moderator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 6294
  • Hecatoncheir Summoner
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #18 on: August 24, 2009, 02:51:06 PM »
mak aih kimball..sedihnye aku dgr..takziah2

ari ni pegi sogo, mem ajak beli baju anak :)

petrakhus

  • Super Moderator
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 4088
  • jeling dan tenung jer
    • View Profile
Re: Diari Ramadhan Pergh 2009
« Reply #19 on: August 24, 2009, 02:56:59 PM »
emm sedih gak cite ko kimball.. iskz isk isk.

--
diari sardin hari pertama puasa pet
.cari air koko tak jumpa.. asik asik milo je kat pasar ramadhan.
.dah mula rasa kurang nak merokok..

malam ni nak try 3 batang.. cheers