Ads test lah

Author Topic: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang  (Read 869 times)

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9970
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« on: September 28, 2009, 10:51:22 AM »
Sebenarnya tak tahu nak wat pe ari nih.
ari masuk keje mula2 nih rasa blur skit. tak tahu nak tuju mana dulu.
takpe la.. nak dapatkan feel kerja semula biase ah makan masa sehari dua heh!. :D

jadi ape kata.. kita citer la kenangan raya korang tahun nih. raya puasa nih maksud aku.. raya haji nanti kita wat citer lain.

Kalu ada gambar pun best juger.. :D

Aku start dulu.

----

PRA RAYA

Aku balik raya awal juga, iaitu awal pagi jumaat 18hb. Dalam perancangan aku, akan ramai juga orang ambil cuti pada 18hb dan balik hari tu. Aku mengharap tak terperangkap dalam jem teruk orang2 yang balik ke kelantan/pantai timur.

Mulanya aku cadang nak gerak dalam pukul 10malam hari khamis, tapi adik aku sorang dari perak lambat laa.. so kene la tunggu dia sorang sampai. 2 adik aku lagi dari perlis sudah sampai pada petangnya.

Tepat jam 2 pagi aku bertolak dari sek. 7 shah alam lepas makan2 bersama kawan2. Memasuki tol bukit raja (NKVE) keluar selepas kawasan bukit lanjan (tol ape ke nama, jalan duta?)...
Kemudian memasuki lebuhraya DUKE dan keluar terus tol gombak.

Tol percuma di gombak dan bentong adalah bagus juga. Cuma seperti jangkaan, kebarangkalian tol percuma ini menyebabkan jalan sedikit sesak. Tiada jammed sehinggalah selepas genting sempah. Selepas itu traffic mula bergerak perlahan!.

*live twitpic sekitar exit bukit tinggi area on karak

Selepas keluar tol bentong, jalan menjadi sesak, susur keluar melalui jalan lama bentong ditutup, semua dikehendaki keluar di exit lebih hadapan disini bermulalah jammed hinggalah kebandar bentong.


*gambar ini dihantar live melalui twitpic aku dari henpon oleh adik aku yang tak pandai eja JEM dalam bahasa inggeris. :D
*cahaya disebelah atas lampu belakang kanan kereta di depan adalah lampu2 belakang jammed yang panjang, ah.. kamera henset tak mampu merakam lebih baik.

perancangan nak bersahur dirumah tidak menjadi, kerana sampai di sg. koyan sudah hampir jam 5.20pagi, yang mana sahur mungkin tinggal lagi 15 minit. jadi kami berhenti sahur di situ.

sahur dengan 2 pinggan mee goreng bahagi 4 orang. sampai rumah kol 6.30 .. kemudian tidur dan bangun tgharinya.  :)

sambung later...

 
« Last Edit: September 28, 2009, 11:20:47 AM by mysticmind »
Visit : + Blog + Twitter + FB

Izam01

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2809
    • View Profile
    • izam
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #1 on: September 28, 2009, 10:59:04 AM »
aku?... 3 hari beraya kat Hospital...
sekian :p

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9970
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #2 on: September 28, 2009, 11:21:23 AM »
aku?... 3 hari beraya kat Hospital...
sekian :p
wah!.. ko bior betul.. afsal? H1n1?
ke wife ko dah ter bersalin lagi. :D
citer laa..

*aku dengar, hok balik kelantan jem sampai 8 jam.
kawan aku plak balik semalam (ahad) ke KL, sampai dekat 12 jam. :D
Visit : + Blog + Twitter + FB

National9V

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1212
  • apo kono eh jang?!
    • View Profile
    • champ
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #3 on: September 28, 2009, 11:35:47 AM »
aku?... 3 hari beraya kat Hospital...
sekian :p

part time keje ospital ke? hehehe :D
Giant Kopties

Izam01

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2809
    • View Profile
    • izam
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #4 on: September 28, 2009, 02:03:56 PM »
Bini aku bersalin daaaaaaa...
2 hari sblm raya. peh tu ada masalah kuning plak. tu yg membawa sampai mcm tu sekali tu.

National9V

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 1212
  • apo kono eh jang?!
    • View Profile
    • champ
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #5 on: September 28, 2009, 03:19:33 PM »
alamak lupa lak ko dapat org baru...

terlebih suda aku makan tapai n air gas...skang dah ok kot...amin...
Giant Kopties

Izam01

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2809
    • View Profile
    • izam
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #6 on: September 28, 2009, 03:22:12 PM »
la ni dok ada kat hospital sultanah bahiyah alor setar... tinggi plak kuning dia kali nih...

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9970
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #7 on: September 28, 2009, 04:05:47 PM »
la ni dok ada kat hospital sultanah bahiyah alor setar... tinggi plak kuning dia kali nih...

wah.. bahyer tuh..
semoga baby sembuh segera hendaknya. Babyboy ke babygirl?
ala.. story la panjang sket.. cam aku kat atas. :*
Visit : + Blog + Twitter + FB

leydi

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3601
  • Darititikketitik..
    • View Profile
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #8 on: September 28, 2009, 04:32:03 PM »
Tahniah izam...Danial Fitri ke Scha Fitriah? hehe...

Orang tua kata kalo demam kuning tu bagi minum susu kambeng...
Kesian woo budak kecik mcm tu asik kena cucuk kat tapak kaki kalo tak silap.

Izam01

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 2809
    • View Profile
    • izam
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #9 on: September 28, 2009, 07:26:48 PM »
nak story panjang?...
boleh... hahahahahah...

baby boy.

17.9.2009, baby keluaq pkl 8.03 mlm di Hospital Bersalin Pulau Pinang. selepas 4 jam aku meneman bini dlm labor room. pakai buka posa pun dlm tuh. bila baby dah keluaq, baby agak penat skit, so depa transfer ke wad kanak2. sehari sblm raya, aku mintak baby dipindahkan ke sebelah mak dia sebab wad kanak2 di tingkat 3, wad bini aku dok ditingkat 2. mintak tolong nurse dari wad wife tolong tolakkan ke wad kanak2... dia kata "P sendirik, anak sendirik"... P*ndek punya nurse. aku masuk dlm wad walaupun bukan waktu melawat selepas bini aku sms bgtau nurse jawab mcm tu. peh tu aku p sendirik jumpa doktor pakar bhgn kanak2 mintak dia transfer baby ke wad kanak2.
peh tu baru depa transfer ke wad bini aku dok.

Hari Raya Pertama.
Pkl 9 pagi doktor kata nak ambik darah baby... doktor kata dlm 2 jam boleh dpt result. so aku p terus peh semayang raya... aku p kat wad pkl 11. rupa2nya pkl 11.15pg baru nak ambik darah. haram jadah betui... kata pkl 9, tapi pkl 11 lebih... buang masa aku 2 jam. takpa la... pkl 1 aku akan followup balik. dlm pkl 12, bini aku sms, kata result dlm pkl 3-4 baru dpt. ok... takpa... pkl 4 aku p semula. jumpa doktor, dia kata result tak sampai lagi. aaaaaa... buang masa aku lagi 5 jam. nurse plak kata pkl 6 boleh dpt... aku tak keluaq terus dari wad tu sampai depa bagi result. bila result dah dpt, doktor kata ada kunign skit. so, hari raya pertama tak leh keluaq lagi. esok pagi nak monitor sekali lagi. total lebih 9 jam aku buang masa kat hospital tu pada hari raya pertama.

Hari raya kedua.
Pagi2 lagi aku p lagi... proses yg sama dgn doktor lain pulak. sampai pkl 6 lagi. tapi kali ni depa bawa baby naik ke wad kanak2 semula. takpa la... bagi peluang.

Hari raya ketiga.
pagi2 lagi aku dah tunggu kat wad kanak2 selama lebih 3 jam, sampai doktor tak senang duduk sebab aku tunggu betui2 dlm bhgn wad tu. sampai doktor panggil security nak halau aku keluaq. aku ckp kat security, aku nak result. nurse plak hambat aku keluaq. elok time melawat... aku carik doktor, mintak result. berapa banyak test mau buat daaaaa... sampai bengkak tangan anak aku. tiap kali aku dgr dia nangis, rasa nak penyepak je doktor yg ambik darah tu sebab aku dgq senior nurse bising kat doktor sebab "seksa" baby, lain kali dia mintak nurse yg ambik darah. jgn baru doktor2 baru yg ambikkan. sampai waktu yg aku nakkan result, doktor kata still tinggi. aku kata takpa, aku nak bawak balik baby ni nak followup kat kg. yg aku benggang dgn doktor ni, asal je aku mintak result, dia kata dia akan mintak pendpt supervisor dia... damn... mcm mana jadik doktor nih... tak leh nak buat keputusan sendirik... tak mau aku kalau operate ke hapa ke dgn doktor jenih nih... sikap was2 menebal dlm diri... dok aaaa... aaaaa... aaaaaa.... masuk kali ke empat, patient dah mati. so, bila kadar kuning anak aku dah kurang, aku mintak keluaq. aku tak percaya cara depa kat hospital bersalin penang buat keja.

raya ke-4.
aku dah bawak balik baby kat kg. aku bgtau bini aku dgn mertua, hari tu je aku nak ikhtiaq cara kg... ptg p kedai cina carik ubat cina... bagi minum tebu hitam... semua aku ikhtiaq hari tu je... sebab esoknya kena bawak p alor setar.

raya ke 5.
raya ke 5 hari yg paling tak best. plan nak bawak anak p hospital tak jadik. bila tok aku meninggal hari tu. hari tu aku p rumah tok aku yg tak jauh dari rumah mertua aku utk ambik anak aku yg sulung sebab abah aku ambik dia bawak p rumah tok aku. lepas ambik anak aku yg sulung, elok tak sampai 30 minit sampai rumah mertua, mak aku telefon bgtau tok aku dah tak ada.

raya ke 6.
semua urusan tertumpu pada kerja2 kebumikan tok aku sampai tak sempat nak bawak baby p hospital. ptg tu nurse dari pusat kesihatan kawasan kg bini aku dtg rumah, dia check katanya ada kuning skit. try bawa ke hospital Yan. just utk pengesahan.

Raya ke 7.
aku bawak anak aku ke hospital yan utk buat check up. apa yg aku terkejut ialah, Hospital yg paling aku benci dlm Kedah ni buat kerja yg paling cepat dlm proses ambik darah nih. kalau kat penang, nak ambik darah, baby menangis sampai tak dak suara. lepas tu dlm kuantiti yg banyak. tapi kat Yan, baby seakan tak sedar darah dia diambik... kemudian dimasukkan dlm tiub yg lebih kecik dari straw vitagen. kemudian nurse suruh aku bawak ke makmal patologi, dan tunggu keputusan. tak sampai 10 minit aku dah dpt result.
Mak ai... kat penang, at least 2 jam baru dpt result?... WTF?! tu pun belum tentu. then keputusan masih tinggi... terus doktor trasnfer ke alor setar.

Raya ke 8.
satu lagi perkara yg mengejutkan aku bila kat alor setar pulak. wad kanak2 yang dok kat tingkat 5 mmg sempoi... tempat menunggu pun sempoi... lagi selesa. sample darah dihantar ke bhgn patologi sekali lagi. kemudian result bolrh dpt melalui ONLINE dari wad kanak2 dgn hanya menaip nama ibu. aku pikiaq balik, kenapa la kat penang tak dak benda nih... menyusahkan org ramai sungguh.

panjang tak?... hahahahahaha

leydi

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3601
  • Darititikketitik..
    • View Profile
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #10 on: September 29, 2009, 10:06:09 AM »
Quote
mintak tolong nurse dari wad wife tolong tolakkan ke wad kanak2... dia kata "P sendirik, anak sendirik"...
P*ndek punya nurse.

Hehe...Nurse tu kena maki 'pendek' ke ''pundek'?
Biasanya nurse level makcik yg cakap mcm tu..Dorang dah rasa kurang popular.
Macam Hospital melaka lak di penuhi dgn nurse yg muda belasan tahun dan chomel2 belaka..ramah lak tu.
« Last Edit: September 29, 2009, 10:13:19 AM by leydi »

crowpunk

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 590
    • View Profile
    • http://
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #11 on: September 29, 2009, 10:12:46 AM »
raya aku xbest

leydi

  • Mods
  • Senior Member
  • *
  • Posts: 3601
  • Darititikketitik..
    • View Profile
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #12 on: September 29, 2009, 10:33:52 AM »
Kisah raya aku pon ada tak best gak..

1 hari seblom raya >
Balik Benut, Johor...Aku ditugaskan jaga periuk masak ketupat...dengan kayu api.
Akibat terlalu excited memastikan kayu api agar nampak Balance kiri kanan dgn Rhythm n Direction yg betol,
sluar aku tersangkut pada besi para..lantas menterbalikkan periuk dan segala ketupat yg dah separuh masak.
Mertua ku hanya mampu tersengih...dan aku juga tersengih sambil pucat lesi pungut balik ketupat tu suma.
Tah brapa la markah aku sebagai menantu dapat raya kali ni...hehe huhu

Raya 1 >
Aku ditugaskan jaga stok air mata kucing utk tetamu yg tak putus dtg dari pagi sampai malam.
Oleh kerana asik minum air matakucing sepanjang hari, malam tak leh tidur kena batuk lelah.Seksa siut!

Raya 3 >
Pagi nak balik ke Tg Malim..singgah Melaka tengok rumah dan pusing Melaka cari klinik.
Banyak tutup. Jumpa satu klinik Dr.India..Kena pau aku RM140..ubat lelah punya pasal lantak ahh..

Kat highway Guthrie wiser tingkap kiri keta ku jatuh melayang lantas digelek oleh keta belakang.
Aku menyaksikannya menerusi side mirror dalam gerak perlahan. Sungguh sedih perasaanku saat itu.

Sampai kampong..Mak aku hidangkan pechal pucuk ubi + kangkong...Pergghh!! Aku belasah habis-habisan.

Raya 4 >
Bawa mak aku gi Tg Malim amik spek baru dah siap...Buat masa bulan posa dulu.
Kesian org tua tu..patut laa aritu  jalan asik sangkut aje.Rupanya power spek dah naik.

Raya 5 >
Tengahari balik Shah Alam...tapi singgah IKEA dulu..hehehuhu..3 jam gak aku makan angin dalam tu.
Balik cari keta parking tak jumpa..Nomo tiang dah betul. Aku dah saspek keta kena curik.Abih laa..
Rupanya salah level..Hweh..Rasa lega dan rasa hampeh! Takde beli apa pon..

Sampai umah kat melaka..baru nak buka gate,org Afghan dtg minta derma...
Belom sempat tukar sepender, geng basikal lak datang nak beraya....haadooii...

mysticmind

  • Administrator
  • Ultra Member
  • *
  • *
  • Posts: 9970
  • Mendelete spam setiap hari...
    • View Profile
    • Nizam Mystic Ahamad
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #13 on: September 29, 2009, 12:39:32 PM »
huh!.. sadis betul kisah izam.
aku baca sampai abis. :D

++++++++
PRA RAYA 2

Jumaat 18

Hari Jumaat, selepas bangun tido, aku ke masjid solat jumaat. Lepas tuh petang aku pi la ke Bazaar Ramadhan Felda Sg. Koyan. Tak banyak sangat dah orang meniaga walaupun pembeli sangat lah ramai. Tak paham tul aku.

Niat dihati nak la beli Tapai Ubi buat air tapai ubi. Tapi cam dah takde jer orang yang jualnyer.. Nih la masalah perniagaan takde pewaris agaknya. Hampa gak la. Jadi aku pun beli la air tebu beberapa jug.

Malam tuh lepas berbuka... aku ngan adik aku merayau laaa. (tak pegi tarawih :D) Cari kawan2 yang setahun sekali jer baru jumpe, merayau-rayau, lepak2 minum2 dan sebagainya.

Sabtu 19
Erm... seingat aku, aku lepak rumah jer. Petang tuh tak pergi pasar ramadhan pun. Sebab malam tuh kat rumah nenek aku (10km dari umah aku +-), (PakBih) pak sedara aku ada buat makan besar la sangat. Sebelum balik, dia suh nenek aku order (pastuh nenek aku suh mak aku order)

1 paha lembu besar - dimasak - bakar - sup.
50 ekor ikan talapia merah.
dan macam2 lagilah lauknyer.

Pada malam nih, dah ada ramai sangat pak mak sedara berkumpul kat umah nenek aku (sebelah Mak), mmg tak muat lah rumah nenek aku. Kitorang mmg balik tido umah sendiri.

Mak-Pak/Itam aku kira2 15orang gak termasuk menantu dia dan cucu kot, keluarga Mak-Pak/Ndak aku kira2 15 orang, Pak-Mak/Bih aku (yg sponsor) kira2 6 orang, Mak-Pak/Lang aku kire2 8 orang, keluarga aku sendiri kira2 10 orang. Nenek aku dan beberapa lagi lah.. (malas aku nak kire detail) so mmg lah berbuka puasa makan besar dengan meriah yang amat. Yang penting aku dapat sup gearbox. hehe.

Itupun ada beberapa Pak-Mak sedara aku tak balik lg, ada yg balik raya ke 2 la, 3 la..
(Pak-Mak/Njang, Pak-Mak/Chu, Pak-Mak/Busu, PakNgah)
Kalau tak, korang tambah la lagi 40 orang.

Lepas makan wat tahlil arwah atuk aku.

Adik aku plak asik tak puas ati ngan Pak Lang aku yang kacau pi potong daging lembu buat rendang jadi halus2 yg dia dah potong sebelumnya. Dah tak rasa daging laaaa... Kalau nak makan daging segar dan berasa daging... jangan la potong halus2 daging lembu tuh, lepas masak dia kecut! Nak makan rasa rempah baik makan rempah! - kata adik aku Duan. Pakbih aku pun tensen sebab tuh sebab dia sama2 potong daging besar2 sket mula2 tadik, terus tido wat tak tau, hilang mood dia agaknyer.

Malam tuh, malam raya tuh! bleh adik lelaki aku #2 ajak pi ke lipis. Dia lum beli baju raya. holoh!... time tuh dah kol 9, aku kata.. manade kedai pakaian bukak lagi. pesal tak ajak pi siang tadik?

Dia kata, (lebih kurang) dia baru jer dapat duit buat rumah petang tadik. Tapi diorang biasa shopping last2 minit kat lipis malam2 raya katanya. So kitorang pegi la... Aku pau dia minyak kete dan rokok 20's sebungkus (agak bagus juga di saat kering hujung bulan, belum gaji dan raya :D).. wahahaha... Dia shopping 2,3 ratus gak. Sepupu aku ikut sorang, tapi tak shopping pun walaupun mak dia bagi duit suh beli baju.

Rupa-rupanya, kedai kat bandar lipis nih malam raya rata2nya buka sampai lewat malam kira2 kol 12.30. Termasuk la kedai gunting rambut 1malaysia (ada melayu, cina dan india tukang guntingnyer.)

Lepas tuh? Nih lagi gile.. balik umah nenek aku, adik aku dan sepupu nak pi mancing atas jambatan kat Bukit Betong. Giler ah, tapi aku layan jer la... Tak pernah dibuat orang malam raya bantai mancing. Sambil ke tempat mancing tuh, kebetulan anak sepupu aku sorang sesak nafas... so bawak pi klinik berdekatan pastuh tinggalkan diorang...kitorang pi mancing. Aku? makan2 la keropok2 yang ada, air semua, borak2 pastuh aku tido dalam kete sampailah diorang kejut aku bangun balik. Ikan? haram takde seko pun... putus tali 2 kali jer.

Esok hari raya?!!!

Sambung later...


« Last Edit: September 29, 2009, 02:07:29 PM by mysticmind »
Visit : + Blog + Twitter + FB

Lionheart

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 975
  • Memerhati gelagat manusia dari aras 30,000 kaki
    • View Profile
    • Wira Tunggal Legacy
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #14 on: October 05, 2009, 04:08:12 PM »
raya ni aku beraya dalam forum je miahahaha
wink wink wink

dahan_rapuh

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 524
    • View Profile
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #15 on: November 13, 2009, 10:37:41 AM »
sori la klu reply ni dh x laku. maklum la... rya dh lama berlalu. tp x kira, nk reply jgk sbb nk lpskan perasaan. xpe xde org bace pn x kisah. sbb bru terperasan thread ni. lps2 rya hr tu x perasan plk.

sy pn beraya dlm hospital thn ni. 2 hr beraya kat hospital. setuju ngn izam. hspital kerajaan ni mmg hampeh sikit (sikit ke?!). bukannya hspital tu yg hampeh, tp isi2 di dlmnya tu(misi2 dan doktor2 terutamanya doktor2 pelatih yg x reti buat keje tuh!). klu nk diikutkan time estimation, sepatutnya dpt kluar sehari sblum rya. tah mcmna diorang tu buat keje lmbat, saje je xnk bg org rya kat rmh. dia dengki la tu sbb dia kena keje time raye, saje nk ajak org beraya kat hspital jgk. huh! X:X fuhh... puas ati aku dpt lps perasaan kat sini. klu ade doktor2 kat pergh ni, mintak maap byk2 ye...

stingray_flyz

  • Senior Member
  • ****
  • Posts: 3039
  • comicraze
    • View Profile
    • PENYULAM MIMPI
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #16 on: November 13, 2009, 10:47:13 AM »
siannye doktor kena kutuk...tahu tak berapa qouta seorang doktor nak entertain pesakit? kenalah masa taim raya, memanglah doktor2 pelatih tu baru dalam latihan macamana nak kita harapkan 100% perfection... adalak kena oncall...kadang2 kerja round the clock 24 jam takda masa nak gi khenduri khawin, jamuan raya bla..bla.. nak mintak cuti raya pun berebut weh...kenalah misi2 yang kerja wad bersalin, time bulan puasa...tak dang nak bukak puase weh bila ada wife orang nak bersalin...kalau kerja swasta bolehlah panel kat doktor pakar, sedialah sen banyak2...


dahan_rapuh

  • Full Member
  • ***
  • Posts: 524
    • View Profile
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #17 on: November 13, 2009, 11:02:42 AM »
ye... tau... bukan semua la. tp certain doktor n nurse la. cara diorang lyan pesakit tu x brapa nk btul. misi tu, muka xpyah ckp la masamnya. masa time mlm rya tu, dlm pukul 2 or 3 pagi, x nmpk sorang pn misi n doktor berjaga... my mummy dh mula rasa sesak nafas time tu. kite nk memandai2, x reti la plk nk buat mcmna. hbs satu wad sy round cr doktor n misi. sorang pn x nmpak. rupa2nya diorang rmai2 buat parti makan2 kat 1 bilik, ngn doktor sekali. mna la sy tau nk cr diorang kat situ. xpe, x salah nk mkan, tp biar la ada sorang or 2 org yg jaga wad tu. klu apa2 jadi kat pesakit, mcmna? lps je sy panggil misi tu, pesakit2 lain smua : ''misi, dh habis ni, misi, tercabut ni, misi... misi...'' nk gtau kat sini, bukan sy sorang je yg mmerlukan khidmat nurse time tu. pesakit2 lain pun sama jgk. maaf la, sy x kata smuanya mcm tu. segelintir je... mmg la klu hspital swasta tu, mmg lain la servis dia. masalahnya sen x byk lerr...

dAqlAn

  • Junior Member
  • **
  • Posts: 400
    • View Profile
Re: Kisah Raya AidilFitri 2009 korang
« Reply #18 on: November 13, 2009, 11:54:53 AM »
yup..! x sumer doktor dan nurse camtu & x sumer spital gomen camtu.. :jayman: sbab ako ngan wife pun beraya kat spital (1st raya > raya ke sepuluh).. :argh: wife ako msuk wad sbab infection dlm faraj + positif denggi & sedang pregnant 32weeks.. pengalaman ako, sepanjang masa ako ada kat wad tu nurse sentiasa ada & doktor regularly dtg check-up... even nurse tu pun syif diorang 36-48jam keje bru tukar nurse..*(maybe sbab wife ako masuk wad Maternity HDW pastu transfer Medical HDW kot..? 'HDW' bleh refer kat chaku kot..?) tp wad biasa pun ako tgk ada ajek nurse dorang... ..dan yg paling berbaloi skali, specialist treatment+wad HDW+10 hari.., kalo kat swasta mau ako kena caj rm7-10k, tp gomen ako byr rm90 ajek... :D

 

Majlis Buka Puasa 2010

pergh

Promote Your Page Too
Pergh @ Twitter